Pelakon Drama Tasbih Cinta Ditahan Polis Kerana Dadah. Ibu Terkejut Dan Jatuh Sakit

Pelakon dan model terkenal Indonesia, Andrew Andika, 37, dilaporkan ditahan pihak polis atas kesalahan salah guna dadah jenis Syabu pada tanggal 26 September lalu.

Berita penangkapan pelakon sinetron Tasbih Cinta yang pernah disiarkan di TV3 suatu ketika dahulu bukan sahaja mengejutkan ramai pihak, bahkan ibunya sendiri.

Lapor media tempatan yang menghadiri sidang media di Mapolres Jakarta Selatan, ibu Andrew terkejut dan jatuh sakit usai mendengar berita penangkapan anaknya itu.

Keadaan ibu pelakon tersebut diceritakan pemandu peribadinya yang dikenali sebagai Andre.

“Terkejutlah, mamanya langsung sakit sekarang. Memang sebelumnya dia sudah menghidap penyakit darah tinggi dan ditambah pula dengan umur yang sudah mencecah 70 tahun,” kongsinya.

Imbas kembali, Andrew ditangkap pihak berkuasa di kediamannya yang terletak Bogor, Jawa Barat.

Berdasarkan perkongsian pihak polis, alasan mengapa bapa kepada dua cahaya mata itu tersebut menggunakan dadah adalah disebabkan masalah keluarga yang di alami.

Umum mengetahui, hubungan Andrew dan isterinya, Tengku Dewi retak apabila dia berkali-kali curang dan hubungan mereka kini dikatakan berada  di ambang perceraian.

Andrew merupakan anak berdarah campuran Norway di sebelah bapanya dan Indonesia di sebelah ibu. Dia mula terjun ke dunia hiburan sejak usia belasan tahun lagi sebagai model iklan sebelum mula berlakon sinetron.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply