Video seorang ibu yang menunggang motorsikal bersama dua anak kecilnya yang tular di platform TikTok ternyata amat menyentuh hati ramai.
Ketika minyak diisikan ke dalam motorsikal, bayi kecil pula terpaksa dikendong kemas dalam pelukan.
Menerusi perkongsian video yang dibuat seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Faizal Danial, dia telah memuat naik video yang dirakam sewaktu berhenti di sebuah pam minyak apabila melihat seorang wanita menunggang motosikal bersama dua orang anak yang masih kecil.
Malah anak muda ini turut menawarkan bantuan untuk membawa dua anaknya pulang ke rumah namun permintaan itu ditolak dengan cara yang baik ibu ini.
“Lepas habis solat, aku berjalan pergi ke kereta, tiba-tiba nampak seorang ibu ini baru sampai nak isi minyak bersama dua anaknya. Seorang bayi dan seorang lagi budak kecil.
“Perkara paling menarik perhatian aku apabila wanita tu menunggu motorsikal sambal mengendong bayi yang umurnya seperti tak sampai setahun lagi, manakala abangnya pula aku anggarkan antara dua hingga tiga tahun.
“Apabila aku masuk dalam kereta, aku perhatikan dari jauh gelagat keluarga itu. Aku rasa kesian, tak bahaya ke tunggang motorsikal sambil bawa bayi macam tu? Aku pun turun dari kereta dan cuba tawarkan bantuan.
“Aku tanya dulu nak ke mana, kemudian aku cakap aku boleh tolong bawakan bayi dan budak tu guna kereta, lebih selamat. Si ibu pula boleh ikut dari belakang dengan menaiki motosikal,” kata.
Namun pelawaan itu ditolak secara baik oleh ibu berkenaan.
“Aku pun masuk balik dalam kereta dengan perasaan sedih tak dapat tolong akak tu..
“Bila dia gerak aku follow belakang sambil-sambil nak balik rumah. Ingatkn dia nak balik dekat area situ je sekali dia turun highway dari Educity menghala ke Perling.
“Aku follow dari jauh tak nak dia takut sebab highway tu banyak motor & lori yang balik kerja dari Singapore.
“Lebih kurang 10-15 minit aku follow dia sampai tol Perling banyak lori & motor hon dekat akak tu sebab bawak motor kejap tengah kejap tepi,” katanya lagi.
Situasi sebegini membuatkan kita tersedar bahawa ada insan lain yang mengalami kesulitan yang lebih hebat.
“Kadang-kadang kalau rasa diri kita susah & ingatlah ada orang yang lagi susah dari kita,”katanya lagi.
Semoga urusan ibu ini dan dua anaknya dipermudahkan.
Menarik: MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!
Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Sumber: TikTok faizal_danial
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.