Budaya ‘Fear of Missing Out’ (FOMO) dan ‘You Only Live Once’ (YOLO) kini menjadi punca utama golongan muda di Malaysia terjebak dalam masalah kewangan.
Berikutan itu, dengan lebih 53,000 individu di bawah umur 30 tahun menanggung hutang terkumpul sebanyak RM1.9 bilion.
Pakar kewangan, Profesor Dr. Mohamad Fazli Sabri, memaklumkan bahawa situasi berkenaan amat membimbangkan.
ARTIKEL BERKAITAN:“Ramai Ingat Saya Bukan Islam Sebab Muka Macam Cina” -Guru Muda Ini Seronok Mengajar Di Sekolah Agama
e-commerce-online-shopping-1260×840
Beliau menjelaskan bahawa ramai remaja mengambil keputusan untuk meminjam wang bagi membeli barang keperluan harian seperti makanan, sewa rumah, dan kereta.
“Dalam pengurusan kewangan, kita tidak sepatutnya berhutang untuk kelangsungan hidup,” tegasnya.
Selain itu, beliau turut menambah, kebanyakan remaja berani berhutang untuk mendapatkan gajet terkini dan mengikuti trend semasa tanpa memikirkan kemampuan kewangan mereka.
“Ramai yang sanggup meminjam hanya untuk membeli telefon bimbit terkini, dan ini adalah satu perkara yang sangat serius,” katanya lagi.
Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), 28% daripada rakyat Malaysia yang bekerja juga meminjam wang untuk membeli barangan keperluan.
Dengan kemudahan pinjaman yang mudah diakses, seperti sistem ‘beli sekarang, bayar kemudian’, banyak pelajar kini terjebak dalam kitaran hutang.
Oleh itu, Profesor Mohamad Fazli menasihatkan agar remaja perlu menilai kembali kewangan mereka dan membezakan antara keperluan dan kehendak sebelum membuat keputusan untuk meminjam.
“Hutang bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh, dan penting untuk kita bijak mengurus kewangan,” ujarnya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.