Bapa Ubahsuai Bilik Anak Jadi ‘Sel Penjara Peribadi’, Raih 25 Juta Tontonan!

Gara-gara anak gadis memonteng kelas matematik, seorang bapa dikenali sebagai Vince telah bertindak mengeluarkan hampir kesemua barangan dari bilik tidur anaknya dan jadikan sel penjara.

Bapa Tukar Bilik Tidur Anak Jadi ‘Sel Penjara Peribadi’

Hal ini tular selepas  satu hantaran di laman TikTok apabila seorang bapa dikenali sebagai Vince dari California, Amerika Syarikat (AS) melakukan sesuatu di luar jangkaan terhadap anak perempuannya.

Menerusi perkongsian tersebut, si bapa telah bertindak menukar bilik tidur anaknya yang dikenali sebagai Nyla seolah-olah seperti sel penjara sebagai satu pengajaran akibat membuat hal sewaktu berada di sekolah.

 

@vince_nyla Diabolical punishment lol #vincenyla #prank #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Body (feat. Cash Cobain) – A Boogie Wit da Hoodie

“Anak perempuan saya ponteng kelas Matematik untuk kedua kali dengan dua rakannya. Jadi saya putuskan untuk menghukum dan akan tukar bilik tidur menjadi sel penjara peribadinya.

“Dia (Nyla) juga cuba untuk mencabar saya, sekarang saya kena tegas,” katanya menerusi kapsyen di video.

Dalam klip berkenaan, Vince telah mengeluarkan hampir kesemua barangan dari bilik tersebut termasuklah katil, kabinet, televisyen, rak buku dan sebagainya.

Nyla Muram Lihat Tindakan Si Bapa Yang Mengosongkan Bilik
Dalam hantaran seterusnya, Vince juga telah menyediakan pakaian buat Nyla untuk dipakai sepanjang berada dalam ‘tahanan’ itu. Lebih menarik perhatian, Vince juga menulis pada sebuah baju dengan ayat, “Saya ponteng kelas matematik.”

 

@vince_nyla 🫖 🫖🫖🫖🫖🫖 Ok because its so highly recommended but told yall it not the reaction ya was thinking lol 😂😂😂 #vincenyla❤️💕 #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Disco – Surf Curse

Tidak lama selepas pengubahsuaian bilik dilakukan, Nyla kemudian dilihat pulang ke rumah dan memasuki biliknya. Vince juga sempat merakam reaksi si anak tentang ‘bilik penjara’ itu.

Selepas menyedari situasi tersebut, Nyla kelihatan muram dan tidak mampu berkata dengan tindakan si bapa yang sedang memberi pengajaran.

Perkongsian Vince tentang caranya ‘menghukum’ anak telah mendapat perhatian ramai.

Mesti Baca: Beli Rumah Lama ‘Transform’ Jadi Baru, Hasilnya Memang Cantik & Kemas!
Baca Lagi Di Sini:Renovasi Rumah Lama Dengan Gaya Jepun. Rona Neutral Jadi Elemen Penting!
Artikel Menarik:Dekorasi Rumah Lama Usia 30 Tahun, Bila Dah Siap Renovasi Terus Nampak Moden

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply