Tiada yang menghairankan jika anda lihat orang dewasa ada hobi mengumpul kereta mainan yang dikenali sebagai ‘Hot Wheels’.
Kalau ada ahli keluarga yang minat kumpul koleksi kereta hot wheels ini, eloklah buat rak kereta macam yang Puan MeerSha Sapian buat di rumahnya.
DIY Tempat Kereta ‘Hot Wheels’
Jadi nak selamatkan kereta hot wheels ini daripada cepat rosak, anda boleh sediakan rak kereta dengan DIY sendiri je.
Tempat Kereta Hot Wheels Guna Rak Kasut
Yang ini versi tak lekat kat dinding lagi.
Ini saya sertakan cara-cara nak buat.
Bahan-bahan simple je.
– Rak kasut kayu, saya beli yang 4 tier (RM35 beli kat tesco. Diy pun ada tapi 2 tier ke 3 tier je rasanya)
– Cable tie
Cara-cara:
1. Double kan rak tu, susun bagi sama rata. Tapi rak ni tak sama rata pula potongan dia.
2. Pastu ikat guna cable tie, kalau nak skru pun boleh je.
3. Susun sampai abis rak yang ada, ikut la nak susun memanjang ke tepi atau memanjang ke bawah. Saya buat memanjang ke bawah tapi mesti double kan tau. Kalau tak, nanti tak muat nak letak kereta.
4. Ketatkan ikatan tu pastu potong cable yang lebih-lebih.
5. Dah siap, drill letak kat dinding. Susun la kereta yang ada.
Selamat mencuba!
IMPIANA: Haaa… kelebihan buat rak kereta macam ni, hot wheels kesayangan anda tak akan cepat rosak dan tak sakit mata berselerak.
Mesti Baca: Beli Rumah Lama ‘Transform’ Jadi Baru, Hasilnya Memang Cantik & Kemas!
Baca Lagi Di Sini:Renovasi Rumah Lama Dengan Gaya Jepun. Rona Neutral Jadi Elemen Penting!
Artikel Menarik:Dekorasi Rumah Lama Usia 30 Tahun, Bila Dah Siap Renovasi Terus Nampak Moden
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.