Pokok Bendi & Sayur Sentiasa Subur & Berbuah Elok, Siram & Baja Guna Teknik ‘Banjir Kemarau’

Bagi menjimatkan kos dapur ramai yang menanam sendiri pokok sayur termasuklah  pokok bendi. Tapi ada juga yang tanam pokok sayur malangnya tak hidup, kalau membesar pun tidak subur dan kurang buahnya.

Untuk memastikan pokok bendi dan pokok sayur lain sentiasa subur dan berbuah elok paling penting dijaga adalah pembajaan dan air. Namun untuk letak baja dan siram air pada pokok sayur ini ada tekniknya.

Dikongsi oleh usahawan tani Azuan Abdullah teknik banjir kemarau ini antara yang boleh kita gunakan.

Teknik banjir kemarau

Ada pelbagai teknik pembajaan dan pemberian air yang boleh digunapakai. Antaranya teknik banjir kemarau. Macam mana tu?

Pemberian air baja atau air kosong diberikan dalam kuantiti yang banyak sekaligus, seolah-olah macam banjir. Ini contoh yang dibuat pada pokok bendi yang ditanam di tepi rumah ini.

1. Bancuhkan 30 gram baja subur bersama 1 liter air. AA guna botol mineral besar.

2. Biarkan minimun 6 jam.

3. Campurkan larutan pekat baja subur (langkah no 1) bersama dengan 10 liter air. AA biasa gunakan bekas penyiram.

4. Biasanya bacaan EC antara 3.8-4.3 mS.

5. Siram dikeliling pokok dengan air baja tersebut. Kuantitinya 5 liter satu pokok.

6. Ulang seminggu sekali.

7. 2-3 hari selepas tu, check keadaan media. Jika masih lembap biarkan. Jika kering, siram dengan air kosong hinga banjir.

Cara dan sukatan ini sesuai untuk peringkat pokok sedang berbunga dan berbuah sahaja.
Kenapa AA guna baja subur, tidak guna baja buah semasa peringkat ini.

Bagi tanaman bendi dan kacang panjang, disyorkan untuk guna baja subur sahaja walaupun semasa peringkat berbunga/berbuah. Tujuannya untuk dapatkan buah yang berkualiti dan buah lambat tua/keras di pokok.

Kesimpulannya, siram seminggu sekali dengan air baja buah dan 1-2 kali seminggu dengan air kosong secara banjir.

Sumber: Azuan Abdullah


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply