BioNTech Yang Membangunkan Vaksin Covid Pfizer Kini Mencipta Pembantu Makmal AI

BioNTech ialah syarikat yang membangunkan vaksin Covid-19 untuk Pfizer menggunakan teknologi mRNA. Syarikat yang sama kini telah membangunkan pembantu makmal kecerdasan buatan (AI) menerusi anak syarikat mereka InstaDeep. Pembantu makmal yang diberi nama Laila ini boleh membantu penyelidik merancang eksperimen dan meramalkan hasil mereka dengan lebih baik.

Laila dibangunkan menggunakan model Llama 3.1 oleh Meta dengan ia boleh mengawal pelbagai peranti makmal, dan memantau eksperimen atau tugas yang sedang dijalankan oleh robot. Ia boleh mengesan sebarang masalah pada radar dan alatan makmal dalam masa nyata.

Dengan tugas ini diambil alih oleh pembantu maya AI, para saintis dan juruteknik makmal boleh menggunakan masa mereka dengan lebih baik melakukan perkara-perkara yang lebih penting. Menurut wakil InstaDeep ini akan meningkatkan lagi produktiviti sesebuah makmal.

Selain itu InstaDeep turut mengumumkan sebuah model AI yang dibangunkan khusus bagi mengenal pasti dan mencari sasaran baharu untuk menangani kanser. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, BioNTech kini sedang membangunkan beberapa calon vaksin menentang kanser juga menggunakan teknologi mRNA.

Dalam perkembangan yang sama BioNTech dan Google Deepmind turut mengumumkan kerjasama untuk membangunkan pembantu makmal AI bersama juga bagi merancang eksperimen serta memproses data kajian dengan lebih pantas.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply