Rumah sebenarnya melambangkan keperibadian pemiliknya, jadi dengan menyediakan kemudahan surau di rumah, melambangkan kepekaan kita pada perintah agama.
Fasiliti surau di rumah bukan sahaja memudahkan kita beribadah malahan para tetamu juga tidak perlu bersusah payah singgah di surau atau masjid berhampiran untuk menunaikan solat ketika datang menziarah.
Rekaan surau kecil dirumah bukan sahaja boleh digunakan untuk solat berjemaah malahan boleh juga digunakan untuk kelas mengaji dan tempat perkumpulan ahli keluarga untuk memenuhi keinginan rohani mereka.
Antara tips rekaan surau untuk kediaman anda :
- Pastikan lokasi surau strategik dan nyaman serta memudahkan penggunanya.
- Saiz surau sebaiknya mengikut bilangan penghuni rumah supaya semua orang selesa melakukan ibadah .
- Rekaan berpandukan arah kiblat agar dapat menggunakan ruang dengan lebih efektif dan menyeluruh.
- Elakkan meletak pintu betul-betul berhadapan dengan ruang solat.
- Pilih warna yang menenangkan dan menyejukkan mata seperti warna hijau, biru dan putih.
- Surau perlu mempunyai pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang secukupnya.
- Selain itu, anda juga boleh menambah rak untuk meletak buku-buku keagamaan atau Al-Quran.
- Ditambah pula aksesori minimal yang tidak terlalu menonjol seperti artwork ayat-ayat suci atau 99 nama Allah.
- Paling penting, letakkan lah tempat mengambil wuduk berhampiran dengan surau yang dibina.
Ini Beberapa Mini Surau Yang Boleh Dijadikan Inspirasi
Semoga niat yang baik akan mendatangkan hasil yang baik juga.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber Gambar : Facebook Wallmaster Malaysia
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.