Penulis dan aktivis terkenal Amerika Syarikat (AS) Jeffery Shaun King dan isteri Dr Rai King telah memeluk Islam pada hari pertama Ramadan 1445H.
Perkhabaran gembira itu dikongsi oleh Profesor Khaled Beydoun dalam satu siaran langsung di Instagram menunjukkan Shaun King dan isterinya melafazkan dua kalimah syahadah dengan bantuan ulama serta aktivis Muslim AS, Dr Omar Suleiman.
Kedua-duanya melafazkan syahadah dalam bahasa Arab. Video tersebut kemudiannya tular di media sosial.
Pada 25 Disember 2023, Shaun mendakwa Instagram telah menyekat akaun peribadinya berikutan sokongannya terhadap perjuangan Palestin.
Shaun yang memiliki lebih enam juta pengikut meluahkan kekecewaan terhadap larangan Instagram ke atasnya kerana memperjuangkan hak dan maruah rakyat Palestin.
Shaun telah berkongsi banyak jawatan pro-Palestin sejak 7 Oktober, mendedahkan kemusnahan di Semenanjung Gaza dan menyeru agar peperangan dan kekejaman Israel di wilayah itu dihentikan.
Raih Sokongan & Doa
“MashaAllah Shaun King dan isterinya, Rai, mengucapkan syahadah bersama Sheikh Omar Suleiman di Pusat Islam Valley Ranch pada malam pertama Ramadan,” tulis Zahra Billoo.
“Wajah mereka bersinar dan dia (Rai) kelihatan sangat cantik. Ini membuatkan hati saya sangat bangga,” tulis Ariba_Pervaiz.
“Shaun sentiasa menggunakan platformnya untuk menyokong kumpulan minoriti yang tertindas dan bersuara menentang ketidakadilan. Terrbaharu bersuara untuk rakyat Palestin. Lelaki ini harus dihormati. Menjadi Muslim adalah perkara yang paling membanggakan. Alhamdulillah,” tulis Samisuploads.
“Bangga menjadi sebahagian daripada keluarga ini,” tulis Profesor Khaled Beydoun, seorang pengarang buku terkenal dan pakar mengenai penindasan minoriti Muslim.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.