Baru-baru ini viral hidangan kurma yang disumbat mentega atau butter, ramai yang mencuba dan mengatakan ianya cukup sedap.
Rasanya manis, masin, lemak berkrim, chewy dan jika ditambah dengan kacang lagilah sedap.
Kurma dan mentega ini sebenarnya bukan hidangan baru, sebaliknya telah ada sejak zaman Nabi Muhammad saw lagi.
Menurut Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, tamar (kurma kering) dan mentega ini memang kegemaran Rasulullah SAW!
Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:
دخل علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم «فقدمنا زبدا وتمرا وكان يحب الزبد والتمر»
“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)
Nak makan boleh tapi kena kawal
Namun begitu biar pun ia enak dan menjadi kegemaran Rasululullah tapi pengambilannya haruslah dikawal. Walaupun kurma itu banyak khasiat tapi apabila ia ditambah dengan bahan seperti mentega dan diambil dalam kuantititi yang banyak, ia lebih membawa mudarat berbanding kebaikan.
Mentega adalah lemak haiwan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi. Ia juga tinggi kalori.
Menurut pempengaruh dalam bidang perubatan Prof Dr Imelda Balchin dalam satu hantara di akaun Facebook beliau, 2 biji kurma dengan satu sudu butter, kalorinya seperti satu cawan nasi. Jadi bayangkan jika kita mengambilnya sebanyak 6 biji.
Selain itu juga, dengan jumlah kalori yang banyak ini pengambilan kurma butter ini elok untuk mereka yang melakukan kerja berat.
Bagaimanapun untuk mereka yang hanya bekerja duduk, secara online dan tidak melakukan senaman selepas memakan kurma mentega ia tidak disarankan. Apatah lagi jika tidak menjaga pemakanan.
Beliau bagaimana pun memberitahu boleh saja jika kita ingin berbuka puasa dengan kurma dan mentega tapi sebaiknya pada masa yang sama kurangkan makanan tinggi kalori.
Foto: Nurul Ain Alaui & Muhammad Hassan
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.