Hadir Ke Konvokesyen Tanpa Anak Disisi, Sheeda & Suami Bangga Dengan Kejayaan Arwah Puteri Tercinta -“Kami Tetap Bangga Walaupun Dalam Kesedihan”

Penyanyi dangdut era 90-an, Sheeda dan suaminya hadir ke istiadat konvokesyen Allahyarhamah anak perempuan mereka, Nurfazlinda Ahmad Fazli, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, suaminya iaitu Ahmad Fazli Mohammad mengucapkan rasa syukur dengan kejayaan arwah puterinya kesayangannya itu.

“Berat kaki melangkah, namun inilah ujian. Konvo tanpa puteriku. Alhamdulillah, hari ini merupakan detik bersejarah..pahit atau manis hanya tuhan sahaja tahu,” coretnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shalma Eliana Berjaya Milik Ijazah Sarjana Muda Di Middlesex University London, Dua Tahun Tinggalkan Industri Muzik Buahkan Hasil

Walaupun masih terkesan dengan pemergian Allahyarham Nurfazlinda, namun mereka sebagai ibu bapa amat berbangga dengan puteri mereka.

“Tetapi sebagai seorang bapa dan ibu, kami tetap bangga walaupun dalam kesedihan. Walaupun kami tak dapat melihat kelangsungan hidup dia selepas kejayaan ini.

“Di hari konvokesyen, seperti mana hasratnya..kalau dia tak ada, ibu bapanya ada. Semoga Allah merahmati anak kami,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak dan mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang membanggakan oleh arwah.

Terdahulu, Allahyarham Nurfazlinda yang juga adik kepada penyanyi Bienda itu meninggal dunia kira-kira pukul 11.30 pagi 28 Mac lalu dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Ahmad Fazli

Comments

Leave a Reply