Boleh Menyebabkan Akidah Terpesong, Mufti Kelantan Minta Orang Ramai Henti Nyanyikan Lagu “Pasar Ikhwan Di Putrajaya”

Tidak dinafikan lagu “Pasar Ikhwan Di Putrajaya” sentiasa menjadi perbualan masyarakat dan ramai di antara kita ada yang terikut-ikut menyanyikan lagu berkenaan dan terbawa hingga berhari-hari.

Terbaru, Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad tampil menasihatkan orang ramai supaya tidak terikut-ikut dengan lirik lagi lagu GISB Holdings (GISBH) yang didakwa membawa fahaman sesat.

Menurutnya, tundakan menyanyi walaupun sekadar parodi, ianya bercanggah dengan agama Islam dan meminta supaya perbuatan itu segera dihentikan.

Kredit: Berita Harian

“Lirik lagu ini umpama zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Asaari Muhammad masih hidup dan kini parodi lagu berkenaan kembali tular di media sosial”

“Justeru itu, saya menasihatkan supaya hentikannya segera kerana boleh memesongkan akidah,” katanya.

Kebelakangan ini, media sosial dibanjiri dengan parodi ke arah lagu yang menyanjung Abuya (Asaari selaku pengasas Al-Arqam).

Kredit: The Star

Sebelumnya, pihak polis telah melancarkan tindakan besar-besaran ke atas rumah kebajikan yang dikendalikan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan.

Serbuan menyaksikan 402 kanak-kanak, berusia antara satu hingga 17 tahun diselamatkan daripada dakwaan eksploitasi dan penderitaan termasuk diliwat.

Harap selepas ini, ramai yang berhenti dari menyanyikan lagu itu ya…

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply