Hubungan penyanyi terkenal tanah air, Shila Amzah dengan bapanya, Datuk ND Lala sudah kembali jernih apabila penyanyi veteran itu dilihat berada di majlis akikah anak keduanya, Rhea Akira, baru-baru ini.
Katanya di sebuah hantaran Instagram miliknya, penyanyi lagu Khilaf Asmara itu turut meluahkan kesyukuran dengan kehadiran semua pihak yang meluangkan masa menghadiri majlis keluarga kecilnya itu.
BACA JUGA: “Rindu Seluruh Keluarga Saya” -Syada Amzah Rindu Nak Kumpul Bersama Adik Beradik
“Sehari sebelum berangkat ke China, kami mengadakan majlis akikah bagi meraikan anak perempuan kami, Rhea Akira.
“Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan kawan-kawan yang sudi hadir memeriahkan majlis kami,” coretnya.
Dalam hantaran sama, isteri kepada personaliti media sosial, Ubai MZ itu tidak ketinggalan berkongsi foto bersama bapanya yang lengkap mengenakan baju Melayu berona biru.
Terdahulu, kemelut membabitkan keluarga Shila mengejutkan industri seni tanah air apabila penyanyi itu dikatakan bermasam muka dengan dua orang adiknya iaitu Syafiq dan Syada.
Malah, hubungan Shila dengan ND Lala dingin selepas bapanya itu berkahwin lain dan kemudian menceraikan ibunya, Fauziah Sarman.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.