Aaron Aziz Sanggup ‘Berhabis’ Demi Pelajaran Anak, Tanggung Kos RM140,000 Setahun

PENDIDIKAN amat penting bagi melahirkan insan yang baik. Sebab itulah mereka sanggup menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan sempurna.

Hal ini termasuklah pelakon popular Datuk Aaron Aziz, 48,  yang sanggup mengeluarkan kos tinggi untuk memastikan anak perempuannya, Dwi Ariana, 18, dapat menyambung pengajian dalam bidang Psikologi Forensik di Universiti Surrey, England.

ARTIKEL BERKAITAN : Aaron Aziz Bangga Anak Perempuan Berjaya Tamat A-Level! Berhasrat Mahu Lanjutkan Pengajian Ke England Pula

Aaron berkata, anaknya meminati bidang Psikologi Forensik dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di universiti berkenaan.

Katanya, Dwi Ariana juga baru saja selesai menamatkan pengajian A-Level di Kolej Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Aaron Aziz Aaron Aziz

“Saya tidak pernah paksa anak-anak untuk menjadi doktor atau peguam sebaliknya sentiasa menyokong apa saja cita-cita mereka.

“Dwi Ariana sangat meminati bidang Psikologi Forensik sejak kecil dan saya dan isteri juga sangat menyokong minatnya itu. Bidang itu pula tidak ditawarkan di universiti di sini.

“Sebagai ibu bapa, jika kita berkemampuan dan ada rezeki janganlah berkira dalam soal pendidikan anak-anak untuk mengejar impian dalam hidup mereka,” katanya.

Aaron berkata, ia membabitkan kos sebanyak RM140,000 setahun dan Dwi Ariana akan menyambung pengajian selama empat tahun di universiti berkenaan.

“Dia ada dapat biasiswa tetapi hanya lebih RM20,000 saja dan selebihnya kami keluar duit sendiri. Duit kita boleh cari. Setakat ini, Alhamdulillah, ada saja rezeki daripada Allah S.W.T bila saya banyak keluarkan duit untuk pendidikan anak-anak,” katanya.

Aaron berkata, dia juga sentiasa mengajar anak-anaknya untuk hidup berdikari apabila belajar di luar negara.

“Dwi Ariana perlu keluar dari asrama dan kena cari penginapan sendiri pada tahun kedua pengajian di sana.

“Dia juga dibenarkan bekerja sambil belajar di sana iaitu dalam seminggu boleh kerja dalam 20 jam. Saya juga ajar anak-anak, bukan semua ‘daddy’ yang tanggung. Dia juga kena belajar cari duit sendiri dan bukan senang saja minta duit,” katanya.

Untuk info, selain Dwi Ariana, Aaron bersama isteri, Datin Diyana Halik turut memiliki dua lagi anak iaitu Danish Anaqi, 19; dan Dahlia Arissa, 14.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

BACA LAGI : Tahniah! Putera Sulung Aaron Aziz, Diyana Halik Berjaya Tamatkan Pra Diploma Di Jepun

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply