Pengalaman mahal bercuti dengan anak, ini trip ke London seorang wanita bersama keluarga tersayang dengan memilih beberapa tempat sesuai buat kanak-kanak.
Menurut Puan Nur Hafizah, ini tempat-tempat yang sesuai bawa anak berusia setahun setengah berdasarkan trip ke London awal September lepas (2024).
Trip Ke London Dengan Anak Kecil
Tempat yang disenaraikan ini ada yang tak sempat nak lawati sebab kekangan masa dan itinerary tapi mungkin berguna dan kena dengan minat ibu bapa yang nak bawa anak berjalan-jalan di London.
1. Round Pond, Hyde Park
Round Pond ni memang tempat kegemaran ramai bawa anak-anak tengok swan, itik dan burung-burung yang banyak di kawasan tasik. Round Pond ini berdekatan dengan Kensington Palace dan lebih tepat berada di Kensington Gardens di dalam taman Hyde Park yang besar.
Tube station berdekatan: Queensway
Bus stop dari area Kensington: Palace Gate
2. Diana Memorial Playground
Taman permainan mengenang Princess Diana ini berada di dalam Kensington Gardens tidak jauh dari Round Pond. Terdapat pelbagai permainan dalam taman ini dan tarikan utama adalah kapal besar di kawasan berpasir. Masuk adalah percuma.
3. Young V&A
Gift shop di Young V&A
Muzium untuk kanak-kanak ini berada di kawasan East London dan baru-baru ini memenangi anugerah Museum of the Year 2024. Anak saya sangat seronok di sini dan kami menghabiskan masa selama 3 jam melayan pameran yang interaktif untuk kanak-kanak. Masuk adalah percuma. Muzium ini berbeza dengan Muzium V&A di Kensington ya.
Muzium Young V&A
Tube station berdekatan: Bethnal Green
4. Bach to Baby
Bach to Baby adalah siri konsert yang mesra kanak-kanak terutamanya toddler dan baby dimana muzik classical dimainkan secara live dan kids boleh mendekati pentas dan bebas bermain dan berjalan sepanjang konsert. Konsert ini berbayar dan boleh semak website Bach to Baby untuk mengetahui harga, tempat dan tarikh yang sesuai dengan plan kita. Konsert yang kami hadiri tempoh hari berdekatan dengan Tower Bridge dan konsert ini ada di banyak kawasan seluruh England.
5. London Transport Museum
Muzium Pengangkutan London ni memang ramai cakap menyeronokkan untuk kanak-kanak cuma saya sekeluarga tak sempat nak melawat. Anak naik bas double decker untuk ke sana ke mari pun dah seronok kalau ke muzium ini mesti lagi fun boleh bawa bas. Kena beli annual pass untuk masuk dan boleh beli di website London Transport Museum.
Tube station berdekatan: Covent Garden
6. Hamleys
Peter Rabbit!
Kedai permainan terbesar di UK dan ada pelbagai section mengikut minat anak-anak dan ikon British seperti Paddington, Peter Rabbit, Harry Potter dan Peppa Pig. Saya tak sempat juga nak ke Hamleys tapi dah singgah toyshop di Selfridge dan Teddy Bear Shop semasa visit York. Kalau ada peluang lagi nak bawa anak visit Hamleys!
Teddy Bear Shop di York
Tube station berdekatan: Piccadilly Circus
7. Paddington/Peppa Pig Afternoon Tea Bus Tour
Toyshop di Selfridge
Afternoon tea bus tour with kids theme! Pusing kota London dengan menikmati juadah minum petang tema Paddington atau Peppa Pig oh how cute cuma kami tak dapat sertai sebab anak berusia bawah 2 tahun. Tour Peppa Pig hanya untuk kanak-kanak berusia dua tahun ke atas bersama penjaga dan Paddington bus tour pula lebih sesuai untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas. Paling best Afternoon Tea Bus Tour ini juga ada halal option cuma harga bagi bus tour ini agak pricey. Boleh baca lanjut di laman web Brigit’s Bakery (b-bakery).
Selain senarai di atas, tempat-tempat lain yang recommended di London untuk kanak-kanak adalah muzium yang percuma seperti Science Museum dan Natural History Museum.
Untuk pengalaman pameran seni yang immersive juga boleh cuba beli tiket Frameless London untuk toddler dengan galeri seni yang mesra kanak-kanak. Kalau minat nak tengok haiwan juga boleh visit London Zoo, ada penguin!
Antara buku yang dibeli di Oxfam shop
Special mention juga kedai-kedai buku di sekitar London dan kedai secondhand item seperti Oxfam, perfect untuk anak spend masa membelek buku dan beli buku kanak-kanak dengan harga yang berpatutan.
Nanti, anda pun boleh plan ke London bersama anak-anak kecil dan suami tersayang. Jom luaskan pemandangan kita!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.