Jangan kecilkan hati seorang isteri tak bekerja, bukan sekadar duduk sahaja di rumah, golongan ini juga sangat membantu kewangan dalam rumah tangga.
Cukup dengan kerajinan, pasti semuanya akan lebih jimat dan suami akan rasa selesa dengan kudrat isteri yang bijak uruskan duit poket.
Isteri Tak Bekerja Pun Boleh Berikan Sumbangan
Bagi pengguna Facebook dikenali sebagai Surina Shahril Rayyan pula, dia berpendapat wanita yang tidak bekerja juga boleh memberi sumbangan kepada keluarga.
Jelas Surina, dia mengamalkan banyak langkah penjimatan, sekali gus dapat membantu suaminya yang bekerja sendirian untuk menyara kehidupan keluarga.
“Aku suri rumah. Suami aku kerja seorang, gaji tetap. 100 peratus head to toe kami anak-beranak termasuk aku dan tiga orang anak ditanggung suami.
“Jadi aku sebagai isteri boleh tolong jaga kewangan keluarga dengan berjimat. Apa yang boleh dicatu, aku catu. Hina ke apabila berjimat dan bercatu? Tidak. It’s okey to downgrade, bukan kita minta beras jiran.
“Ubah cara kita kepada yang lebih menjimatkan poket, lebih-lebih lagi kita sebagai suri rumah, income pun tiada. Jadi inilah sumbangan kecil kita dalam keluarga,” tulisnya.
Contoh yang dikongsinya:
1. Masak setiap hari
Walaupun ada yang beranggapan memasak setiap hari akan memakan kos yang tinggi, sebenarnya ia jauh lebih murah berbanding beli atau makan di luar. Ini terbukti. Tapi sekali-sekala boleh juga makan di luar.
Kalau masak lauk berkuah dan ada baki kuah, jangan buang lebihan itu. Sebaliknya, boleh bekukan dalam peti sejuk. Lain kali, boleh tambah lauk saja dalam kuah itu.
Kalau bekerja pula, cuba masak pada hujung minggu dan bekukan lauk. Setiap hari balik kerja, boleh terus panaskan lauk itu.
Boleh cuba try and error untuk lihat cashflow anda.
2. Jaga bahan masakan sebaiknya
Lengkuas, serai, kunyit dan halia sebenarnya boleh tahan sehingga lima bulan sekiranya ia disimpan dengan cara betul. Dengan cara ini, ia dapat menjimatkan perbelanjaan anda.
3. Buat makanan homemade
Kanak-kanak pastinya gemar makanan ringan seperti nugget, sosej serta kerepek. Menurut Surina, dia biasanya akan membuat nugget homemade, kentang goreng homemade dan keropok lekor homemade.
Dengan cara itu, dia bukan sahaja dapat berjimat, sebaliknya lebih yakin dengan bahan-bahan makanan yang mahu dihidangkan kepada anak-anak.
Jadi pilihan di tangan anda, nak berjimat atau terus pilih gaya hidup ‘tekan-tekan sampai’ depan rumah, itu terpulang. Ikut keselesaan dan poket sendiri, janji memudahkan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.