‘Macam Patung, Cantiknya!” Busana Konsert Raih Pujian DS SITI NURHALIZA Titip Penghargaan Buat Pereka Fesyen

Masih kekal berbisa dan tiada tandingan! Itulah ungkapan paling tepat yang boleh menggambarkan kehebatan persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza baru-baru ini.

Gamat segenap sudut Axiata Arena Bukit Jalil dengan sorakan dan sahutan para peminat yang turut menyanyi bersama-sama artis kesayangan mereka itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Kehadiran lebih 10 ribu peminat yang membanjiri segenap ruang Axiata Arena membuktikan penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Jerat Percintaan ini masih kekal relevan dalam industri seni tanahair.

Tiga jam konsert berlangsung tidak terasa. DS Siti Nurhaliza menyampaikan lebih kurang 36 buah lagu antaranya ialah Lebih Indah, Aku Bidadari Syurgamu, Kurniaan Dalam Samaran, Biarlah Rahsia, Nirmala, dan Kurik Kundi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Bukan sekadar lontaran vokal dan persembahan yang mantap, koleksi busana yang disarungkan DS Siti Nurhaliza turut mencuri perhatian. Cantik sangat DS Siti Nurhaliza pada malam itu!

Ramai yang memuji penampilan ibu kepada dua anak ini yang disifatkan sangat classy. Malah, nampak sangat awet muda dan sweet!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Hijabista kongsikan koleksi baju diilhamkan oleh empat pereka fesyen tersohor tanahair iaitu Ezuwan Ismail, Samm Republic, Ashraff Zainal, dan Bianca Bella yang berjaya menyerlahkan penampilan memukau DS Siti Nurhaliza pada malam itu.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik DS Siti Nurhaliza di Instagram peribadinya, beliau menitipkan ucapan penghargaan buat pereka-pereka fesyen tersebut.

EZUWAN ISMAIL
“Untuk busana yang pertama ini, kami hanya membuat pertukaran warna anak tudung dari warna kelabu ke warna biru lembut. Boleh saksikan perbezaannya di hari sebenar konsert.

“Busana untuk segmen pertama iaitu segmen Mimpi Ke Awan adalah rekaan @ezuwanismail Terima kasih @ezuwanismail saya hargai setiap usaha, idea, kreativiti yang ditampilkan. Semoga @ezuwanismail akan terus dikenali dengan hasil kerja terbaik dan kita sama-sama berikan sokongan kepada perniagaan beliau.”

SAMM REPUBLIC
“Untuk busana yang kedua ini, perbezaan pada hari konsert adalah merendahkan sedikit bahagian ‘boning corset’ dan menambah ‘detailing’ di bahagian leher.

“Busana untuk segmen kedua iaitu segmen Surat Harapan adalah rekaan @samm_republic Terima kasih Samm kerana memahami tema segmen yang saya adakan khas untuk saudara kita di Palestin. Burung yang terdapat pada busana saya adalah lambang kebebasan dan warna ‘detailing’ pula adalah warna bendera Palestin. Semoga @samm_republic terus maju jaya di masa akan datang.”

ASHRAFF ZAINAL
“Untuk busana yang ketiga ini, pada hari konsert kami menggunakan material yang sama tetapi membuat sedikit perubahan pada design baju. Design pada hari latihan dan hari konsert sedikit berbeza dan saya nak ucapkan terima kasih di atas usaha @ashraffzainal yang telah melakukan ‘magic’ mendapatkan kain dari negara jiran (kain yang sama) pada 9 Mac (hari konsert) dan menyiapkan baju konsert dalam masa 2 jam sebelum dihantar ke Axiata. Magic yang menjadi.

“Busana untuk segmen ketiga iaitu segmen Mega Karaoke adalah rekaan @ashraffzainal . Semoga terus berjaya @ashraffzainal”

BIANCA BELLA
“Untuk busana yang keempat dan terakhir, ada perubahan pada aksesori kepala di bahagian hadapan sahaja.

“Busana untuk segmen terakhir iaitu segmen Bayu Timur adalah rekaan @_biancabella Saya selesa mengenakan baju dari kain songket ini kerana senang bergerak dan menari. Anak muda yang kreatif, semoga @_biancabella akan terus mengukir nama dan maju dalam perniagaan.”

Sementara itu, wajah polos DS Siti Nurhaliza dirias cantik oleh jurusolek ternama yang sentiasa menjadi pilihannya iaitu Epie Temerloh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Epie Temerloh (@epie_temerloh)

Terdahulu, tiket untuk Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam masa dua jam selepas ia dibuka untuk jualan pada 21 Disember 2023.

Ini merupakan konsert ke-4 DS Siti Nurhaliza yang habis terjual dan diadakan di Axiata Arena.

Difahamkan, sebahagian kutipan jualan tiket konsert anjuran Yayasan Nurjiwa iaitu pertubuhan amal diasaskan DS Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, akan disalurkan ke Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin.

Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

Comments

Leave a Reply