Hati ibu mana yang tidak sedih apabila berjauhan dengan anak, lebuh lagi anak bongsu. Itulah yang dirasai oleh pelakon Zarina Zainuddin yang meluahkan rasa hati teringat kepada anak bongsunya, Muhammad Adam Azrai yang kini bergelar mahasiswa UiTM.
Menerusi instagram miliknya Zarina meluahkan anak bongsunya akan membuat permintaan untuk di memasak hidangan yang dia inginkan. Namun suasana berbeza apabila Adam tidak lagi ada di rumah.
“Adam tkde mlm ni terasa sangat selalu dia yg akan turun bawah tanya ibu masak apa for dinner.. ibu malam ni nak makan apa.. ibu boleh masak ni tak boleh buat ni .. rinduu dah .. tadi dia cakap dia punya bz sampai ke petang kat kampus..”
“saya tanya dah makan belum.. belum lagi nanti jap lagi .. kalau boleh saya nak drive hantar makanan kat dia.. heheheh.. risau saya anak ni jauh jauh.. kucing adam si Bella ni pun rindu dah kat adam.”
View this post on Instagram
Sementara itu, perkongsian sebelum ini, Zarina meluahkan rasa syukur apabila anak bongsunya, Adam, kini memulakan perjalanan baharunya di peringkat universiti.
“Belajar rajin rajin anak bongsu ibu buah hati ibu. Allhamdulillah Adam dah selamat sampai Asrama di UITM , Perak.
“Semoga yang baik baik aja. Masa nak tinggalkan Adam tadi Adam cakap ibu jangan nanggis nanti saya nanggis . Ibu sayang Adam Adam selalu tolong ibu jaga abang Azil .. kalau Naim pegi kolej .. terima kasih Adam.”
Untuk rekod, Zarina sebelum ini meluahkan rasa syukur apabila Adam berjaya memperolehi keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Zarina Zainuddin
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.