Anak Suka Tarik Telinga, Meragam Ketika Tumbuh Gigi, Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

Anak suka tarik telinga, meragam ketika tumbuh gigi, doktor ini jelaskan sebabnya. Bagi anda yang mempunyai anak kecil yang sedang mengalami pertumbuhan gigi, jika diperhatikan dengan teliti, tentu akan perasan yang anak anda akan suka menarik-narik telinga mereka kan?

Anak Suka Tarik Telinga, Meragam Ketika Tumbuh Gigi, Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

Nak tahu kenapa bayi yang mahu tumbuh gigi suka menarik telinga mereka? Apa kaitan gigi yang mahu tumbuh dengan telinga bayi anda?

BAIK BEGINI. BAYI KECIL AKAN MULA TUMBUH GIGI SUSU SEAWAL USIA 6 BULAN. PROSES PERTUMBUHAN GIGI INI AKAN MENYEBABKAN ANAK MENGALAMI KETIDAKSELESAAN PADA BAHAGIAN GUSI MEREKA. KEADAAN INI DISEBUT SEBAGAI “TEETHING”, DAN MERUPAKAN SUATU PROSES FISIOLOGIS YANG BERSIFAT NORMAL.

Bayi yang masih kecil belum pandai mengekspresikan rasa sakit mereka mahupun memberikan respons terhadap kesakitan yang mereka alami.

Dalam keadaan tertentu, rasa sakit pada bahagian gusi yang mahu tumbuh gigi ini akan turut menyebar sehinggakan bayi merasa seolah-olah rasa sakit itu merebak sehingga ke bahagian telinga, kerana saraf di bahagian rahang dan mulut bayi berada agak hampir dengan saraf di bahagian telinga mereka.

Kerana itulah bayi cenderung untuk menarik-narik telinga mereka jika mereka mula memasuki fasa “teething” ini.

SELAIN MENARIK-NARIK TELINGA, BAYI JUGA CENDERUNG UNTUK MERABA-RABA PIPI MEREKA BAGI MEREDAKAN KETIDAKSELSAAN YANG MEREKA RASAKAN KETIKA GIGI MEREKA SEDANG TUMBUH.

‘Teether’ untuk legakan gusi. Bagi ibu bapa yang berhadapan dengan situasi begini, jangan terlalu risau ya. Anda boleh membantu anak anda melalui fasa “teething” ini dengan lebih selesa dengan cara memberikan mereka “teether” yang disejukkan untuk digigit.

Jika tiada “teether”, ibu bapa boleh menggunakan kain atau tuala kecil bersih yang direndam di dalam air sejuk untuk digigit oleh mereka.

Melalui cara ini, bayi anda akan merasa lebih selesa dan mengurangkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi yang mereka alami.

Kredit: Dr Mohd Khairul Izwan

Baca artikel lain juga: Anak Merengek, Meragam Sebab Nak Tumbuh Gigi, Ini Cara Tenangkan Bayi

Banyak Akal, Sambil Menyusu Ada Kerja Lain. Paling Gerun Bila Anak Dah Tumbuh Gigi!

Meragam, Demam, Tarik Telinga Petanda Anak Nak Tumbuh Gigi! Cuba Cara Ini Untuk Legakan Sakit Gusi Anak

 

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply