Bukan pentingkan diri sendiri tetapi sebelum buat keputusan berpisah biasanya wanita berstatus sudah melalui 5 fasa yang buat dia pilih untuk melangkah pergi.
Ya, dia sedang musnah dan hatinya mula berkecai. Nak tahu lebih jauh, jemput baca perkongsian daripada Puan Marlia Ramli ini.
Sebelum Buat Keputusan Berpisah
Berpisah tidak semestinya kerana pasangan curang. Ada pelbagai konflik yang menjadi sebab penceraian. Isteri sendiri ada beberapa fasa dalam menangani konflik.
Fasa 1 : dia meluahkan ketidakpuasan. Dia menangis. Dia mengadu. Dia memberitahu. Dia berharap suami yang dicintai mengerti. Melindungi dan memberikan cinta dua kali.
Fasa 2 : dia mengamuk. Dia marah-marah jika suami tidak validate atau gagal mempeduli konflik yang dihadapi. Dia ungkit segala. Dia mahu didengari. Dia mahu suami sentiasa menyebelahinya dan suami sentiasa di sisi.
Fasa 3 : dia diam. Dia tidak lagi menangis. Dia tidak lagi mengadu. Dia tidak lagi menagih simpati. Dia tak mahu pandang, sebut atau bercakap soal itu. Ini adalah fasa hatinya sudah berkecai. Biasanya kaum suami fikir isteri dah okay sebab dia dah diam. Hakikatnya? Ini fasa she is totally destroyed.
Fasa 4 : dia mula membuat persediaan. Menunggu masa anak-anak besar mungkin? Mendapatkan nasihat ibu bapa mungkin? Mengumpul wang mungkin? Ketika ini dia memulakan proses isolated. In fact ada yang keluar rumah untuk self healing. Mengasingkan diri untuk memberi diri ruang.
Fasa 5 : dia buat tuntutan cerai. Hatinya sekeras batu. Jiwanya tertutup. Dia langsung tidak mahu berbincang. Dia tidak lagi mahu berkata-kata. Dia tidak lagi menangis. Airmatanya telah tiada. Dia cuma mahu? Berlalu pergi.
Jadi, untuk suami yang rasional dan matang, sentiasa tangani semua konflik di fasa 1 dan fasa 2.
Jangan sesekali beranggapan isteri kalian diam bermakna dia okay. She is not. DIA SEDANG MUSNAH.
Untuk menyelamatkan rumah tangga? Jaga dia sebelum dia tertutup hati dan melangkah pergi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.