Kerja Seronok, Pendapatan Lumayan. Hidup Lebih Fleksibel & Bahagia, Lelaki Ini Kongsi Apa Yang Dia Buat

Memang kagum dengan semangat seseorang yang masih rajin bekerja biarpun sudah berusia. Semangat untuk mencari rezeki sambil melakukan sesuatu yang diminati harus dijadikan contoh terutamanya buat ayah-ayah muda yang masih kuat dan mempunyai tenaga untuk bekerja.

Menurut Amanah Ngah Saidin atau Abang Man, dia lebih suka melakukan aktiviti yang berfaedah dari duduk sahaja di rumah tanpa berbuat apa-apa. Pada usia 61 tahun, semangat Abang Man untuk menikmati hidup dan mencari rezeki tidak pernah pudar. Selepas bersara sebagai pengurus gudang, dia  mengambil langkah berani untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan produktif.

Mari kita selami dunia Abang Man selepas pencen, hobinya yang memukau, dan cara dia menjana pendapatan tambahan melalui platform penghantaran on-demand.

Suka Melancong, Jelajah Satu Malaysia!

Di sebuah gerai berdekatan Aeon Subang Jaya, sempat kami bersembang dengannya sambil menikmati makan tengah hari bersama. Abang Man menganggap hobinya yang paling berharga adalah menjelajahi seluruh Malaysia dengan motosikal bersama rakan-rakan.

Dengan motosikal Honda yang dibeli selepas bersara, hujung minggu Abang Man dipenuhi dengan perjalanan ke pelbagai negeri.

“Saya memang suka melancong dengan rakan-rakan. Memang seronok!” kata Abang Man. Salah satu pengalaman terbaiknya adalah mencuba pelbagai makanan tempatan, dari lemang di Pahang hingga asam pedas di Muar. “Pernah saya ajak kawan-kawan ke Pulau Pinang hanya untuk nasi kandar, dan pada petang yang sama kami balik ke Kuala Lumpur,” ceritanya dengan penuh nostalgia. 

Nasihat Berharga Untuk ‘Biker’ Baru

Bagi Abang Man, menunggang motosikal lebih daripada sekadar perjalanan. Ia adalah tentang membina hubungan dan persahabatan. Setiap kali merancang perjalanan, beliau bersama beberapa orang rakan penunggang motosikal yang lain, dan turut menyertai beberapa kumpulan bikers di Malaysia.

“Untuk anak-anak muda yang ingin menjadi biker, saya nasihatkan agar gunakan peluang ini untuk merapatkan silaturahim. Jika ada masalah, kawan-kawan akan tolong,” katanya. Pengalaman berharga Abang Man ketika motornya rosak dan seorang rider yang tidak dikenali datang membantu, menggambarkan betapa kuatnya ikatan dalam komuniti ini.

Pendapatan Bersama Lalamove Lebih Tinggi Gaji Dahulu

Sebagai pesara, Abang Man berusaha untuk mencari peluang bagi menyokong keluarganya. Pada tahun 2023, dia membeli sebuah van dan menjadi rakan pemandu Lalamove secara separuh masa. Keputusan ini memberikan Abang Man fleksibiliti untuk terus menikmati hobi melancong.

“Pendapatan dari Lalamove memang lebih tinggi daripada gaji lama saya, walaupun saya tidak hantar pesanan setiap hari,” jelasnya.

Pengalaman terindah, Abang Man adalah ketika dia menerima tips RM40 untuk penghantaran tayar bernilai RM60 ke Bukit Damansara. “Kepuasan dari kerja ini sukar digambarkan,” tambahnya.

Kehidupan yang Dikehendaki

Kini, Abang Man menjalani kehidupan yang diimpikan; bebas, penuh dengan pengalaman baru dan masih mampu menjana pendapatan. Kisahnya adalah bukti bahawa persaraan bukanlah titik noktah kehidupan, tetapi permulaan untuk mengejar minat dan menikmati waktu yang ada dengan lebih produktif dan menyeronokkan.

Jika anda terinspirasi dengan gaya hidup fleksibel seperti Abang Man, platform seperti Lalamove mungkin menjadi pilihan menarik untuk diterokai. Jangan ragu untuk memulakan perjalanan anda sendiri!

Layari https://www.lalamove.com/ms-my/driver untuk maklumat lanjut.

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply