Awet Muda, Kajol Minum Air Kosong 8 Gelas dan Tidur 10 Jam Sehari

Usianya sudah 50 tahun pada 5 Ogos lalu, namun pelakon Kajol tetap tampil dengan wajah segar, bahkan tiada garis halus pada wajahnya.

Kajol Amalkan Gaya Hidup Sihat

Mengakui ramai peminat memintanya berkongsi tip, akui bintang filem Kuch Kuch Hota Hai itu tiada rahsia yang mahu disembunyikan, sebaliknya hanya mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong sehari sejak zaman belum berkahwin.

Kajol juga memastikan tidurnya cukup iaitu lapan hingga 10 jam sehari.

“Amalan gaya hidup sihat ini bukan setahun dua, tetapi beri impak terhadap kesejahteraan diri buat jangka masa panjang.

“Impaknya demi kesejahteraan menikmati hidup dalam jangka panjang,” katanya.

Tip Nak Cukupkan 8 Gelas Air Kosong

Namun hakikatnya tidak semua orang mampu cukupkan 2 liter air kosong sehari. Nak mudah, cuba ikut cara saudara Mohd Hafizarul Abdul Halim untuk minum air kosong 8 gelas sehari iaitu:

1) Bangun pagi setelah berus gigi.
2) Sarapan
3) Jam 10 pagi
4) Lunch
5) Sebelum bersenam waktu petang
6) Setelah bersenam
7) Dinner
8 ) Sebelum tidur

Sebagai mudahkan anda, itu cadangan untuk minum air kosong 8 gelas sehari iaitu lebih kurang 2 liter air kosong. Jom usahakan untuk minum 2 liter air kosong.

Jadi, kalau anda nak awet muda macam Kajol, amalkan gaya hidup sihat dengan banyak minum air dan cukupkan tidur. Itu sudah lebih dari cukup!


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply