Nak Kurus Sampai Ikat Perut dan Makan Kalori Terlalu Rendah, Itu Silap!

Ramai nak kurus dan memiliki bentuk tubuh yang menarik dan langsing stetapi kurang arif macam mana nak buat dengan kesan yang cepat.

Nak Kurus Cepat

Sebenarnya ada dua perkara penting yang menjadi kunci sepanjang proses untuk menurunkan berat badan adalah menjaga pemakanan serta melakukan aktiviti senaman.

Namun begitu, ada sesetengah individu yang mahu menurunkan berat badan lebih gemar mengikut kefahaman atau ‘kepala’ sendiri berdasarkan carian di internet tanpa merujuk pakar.

Jangan tak tahu, ada yang gigih melakukan aktiviti senaman (work out) melangkaui kemampuan kapasiti tubuh atau mengamalkan pemakanan yang tidak sihat seperti mengikat perut.

Cara ini sangatlah berisiko dan dikhuatiri akan menimbulkan kemudaratan kepada tubuh badan.

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Angel tampil memberikan nasihat agar golongan ini mengelak daripada terjebak dengan trend tidak sihat.

“Ada dua benda yang saya tak mahu anda normalize. Kalau anda mahu kurus, pertama, makan kalori terlalu rendah adalah tidak normal.

“Cuba pergi baca apa yang akan terjadi jika anda berdepan dengan tiroid… lepas tu, anda tentukan sama ada nak buat atau tidak pendekatan (makan) kalori yang terlalu rendah, atau nak jadi manusia yang sihat apabila kurus.

“Yang kedua, bersenam setiap hari untuk membakar 1,000 kalori sehari. Kamu dah kenapa? Ini pendapat tak bijak,” ujarnya.

Tambah jurulatih kecergasan ini lagi, jika seseorang sama ada berusia dalam lingkungan usia 20an, 30an atau 70an sekalipun, sekiranya berada dalam keadaan letih, tidak wajar untuk bersenam setiap hari.

@pharmacistcho Geram bila sudah gemuk dan perut sudah besar😤😤 tidak lari dan tidak lompat, jom ikut saya buat 4 aksi senang untuk turunkan berat badan dan perut besar #senamankurus #fittok #kurus #weightloss #loseweigth #fyp ♬ original sound – Pharmacist Cho | Ahli Farmasi

Ini Langkah Yang Tepat

1. Bersenam dua hingga tiga kali seminggu

2. Mula dengan senaman jalan kaki

3. Cuba makanan perapan (meal prep)

4. Ambil buah-buahan

5. Melebihkan protein seperti telur, dada ayam, tuna, ikan merah, ikan siakap, udang dan lain-lain

Seorang lagi jurulatih kecergasan, Khalid Mukti berkongsi kesan pengambilan kalori yang terlalu rendah, iaitu:

1. Boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan mengganggu fungsi normal tubuh.

2. Kekurangan tenaga: Tubuh memerlukan kalori sebagai sumber tenaga untuk menjalankan fungsi harian.

3. Kehilangan otot: Apabila pengambilan kalori sangat terhad, tubuh mungkin menggunakan protein otot sebagai sumber tenaga alternatif.

4. Keseimbangan nutrisi terjejas: Sukar untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh dengan baik. Ini boleh menyebabkan kekurangan vitamin, mineral, dan nutrien penting lain yang diperlukan untuk kesihatan yang baik.

Kesimpulannya, cara paling berkesan dan sihat untuk menurunkan berat badan adalah bukan mengurangkan makan tetapi mengamalkan pemakanan yang sihat di samping dengan senaman.

Semoga bermanfaat!

Sumber video: pharmacistcho


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply