Dari Sukan Pushbike Ke Industri Seni, Impian Bergelar Pelakon Cilik Tercapai

Bermula dengan sukan pushbike, akhirnya telah membawa tuah buat seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Mikayla, apabila kini bergelar pelakon cilik.

Penglibatan dalam sukan tersebut juga telah membuka ruang dan peluang besar buat adik Mikayla sehingga ditawarkan menjadi pelakon utama menerusi drama bersiri Budak-Budak Pushbike, yang bakal ditayangkan di saluran TV1.

Menurut bapa kepada Mikayla, Datuk Seri Wan Muzri mengakui tidak sangka bahawa anak perempuannya itu akhirnya dapat mencapai impiannya untuk menceburi bidang hiburan.

“Mikayla memang minat dalam dunia hiburan. Tak sangka, litar sukan membuka peluang untuk dia menggapai impiannya.

“Mula-mula dia gugup juga tapi lama-lama dia sudah biasa dan semangat. Ini adalah langkah besar untuk Mikayla, dari pushbike ke lakonan,” kata bapanya.

Selain itu, Wan Azri turut memaklumkan selain Mikayla, dua lagi cahaya mata kesayangannya iaitu Mikael dan Maleeq turut berkecimpung dalam sukan pushbike bermula tahun 2019.

“Saya melihat Mikael mempunyai potensi terbaik ketika menyertai perlumbaan pertamanya. Tak sangka dia juga berjaya berjaya mendapat tajaan basikal Bike8, jenama terkenal dari China dan terus mengharumkan nama keluarga dalam pelbagai kejohanan antarabangsa.

“Malah, Maleeq, adik bongsu juga menerima tajaan basikal daripada syarikat Rockfish yang kagum dengan kehebatannya di litar. Mereka bertiga memang giat berlatih dan sentiasa bersemangat,” ujarnya lagi.

Naskhah yang mengisarkan kehidupan kanak-kanak dalam sukan Pushbike ini turut menampilakn pelakon hebat lain antaranya Ashraf Muslim, Isyariana, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Comments

Leave a Reply