DIY PAGAR Keselamatan Bayi Dengan Alatan Ringkas. Jimat & Mudah!

Anak yang lasak dan aktif memang petanda anak bijak dan baik tumbesarannya. Namun begitu, faktor keselamatan juga perlu dititik beratkan.

Risau anak terjatuh tangga atau masuk tempat larangan seperti dapur, pagar adalah penyelesaian yang terbaik. Nak beli pagar baby tu atau Baby Security Gate bukan lah murah, ratusan juga harganya. Selain itu, yang sering menjadi isu adalah saiznya.

Apa kata kita DIY Baby Security Gate seperti yang telah dilakukan oleh En. Shuhaimi Zulkefli. Dengan modal yang tak sampai RM100, dan yang penting tak memerlukan peralatan rumit.

Bahan-Bahan:


Pelaras Kaki Meja terpakai (sebagai security locked).


Besi L Shape (MR.DIY jual harga RM1.80)


Vidga IKEA (Curtain Hook) dapat sekali getah


Kayu Pallet


Roda Kecil (Kedai RM2.00)

Skru ikut kesesuaian tebal kayu & Driller

Baby Security Gate yang telah siap. Kayu pallet tadi di cat kuning untuk nampak lebih cantik dan kemas. Terpulang kepada anda nak cat atau tidak

Ini rupanya apabila di buka, tapi dengan penggunaan pelaras kaki meja terpakai sebagai kunci, pagar ini memang sukar untuk di buka walaupun oleh orang dewasa

Ini dia pelaras meja yang dijadikan sebagai kunci pagar, pastikan lubang yang di tebuk selari dan bersesuaian dengan kedudukan pagar.

Roda kecil tadi di jadikan sebagai sokongan pada kaki pagar dan bagi jarak sikit dari dinding di samping memudahkan pergerakan

Kedudukan roda pada dinding

Perlu 2 biji roda untuk menyokong kaki pagar


curtain hook (IKEA) tadi digunakan sebagai pemegang frame. Untuk lebih kukuh, tebuk lubang untuk melekatkan curtain hook tadi. Guna double side yang hitam itu pula untuk letakkan roda untuk memudahkan pergerakan pagar

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply