Ramping Persis ‘Anak Dara’ Aisha Hanim Buktikan, Wanita Mampu Buang 13KG Lemak, Meski Di Usia 40-an!

Ramai diantara kita yang mempunyai impian untuk tampil langsing dan menawan ketika menyambut Syawal yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi.

Malah, jika lemak dibadan dapat disingkirkan. Maka pada Hari Raya tahun inj merasalah pakai busana-busana cantik yang lebih indah digayakan jika berbadan kurus.

Justeru, pelbagai cara boleh dilakukan untuk merealisasikan impian menurunkan berat badan itu. Begitu jugalah dengan rutin diet yang dikongsikan oleh pasangan penyanyi duo kembar seiras Aisha Hanim yang nekad menurunkan berat badan dengan meninggalkan terus satu tabiat ini.

Hanya Amalkan Tak Makan Satu Makanan Ni Je. Turun 13 Kilo Dalam Masa 4 Bulan.

Baru-baru ini pasangan kembar ini telah mendedahkan rahsia yang diamalkan mereka hingga berjaya menyingkirkan 13 Kilo lemak yang menempel di badan, hanya dengan tidak menjamah makanan ruji rakyat Malaysia iaitu nasi selama empat bulan.

Menurut pemilik nama sebenar Nooraisha Farizan dan Hanim Fariza itu, impak daripada diet yang diamalkan ini mereka berjaya menurunkan sebanyak 13 kilogram berat badan.

“Sebenarnya tak dinafikan kami mula berdiet (tidak makan nasi) dari tahun 2022 sebelum penggambaran muzik video Tinggallan Cinta dan Dua Muka, selama empat bulan.

“Kami nekad, kalau nak buat biarlah buat betul-betul, kalau tidak dalam skrin tu penuh muka kita.

Tak Senang, Tapi Tak Mustahil!

“Orang asyik tanya bila dah kurus ni makan apa? Senang saja, jangan makan! Tapi memang ada masanya kami ‘moody’ sebabkan berlapar, sampai ada tempoh tu berminggu-minggu tak keluar rumah jumpa kawan-kawan.

“Mungkin sebab kami berdua kembar, nak buat aktiviti pun bersama. Bila berpakat tu menjadilah,” kata Aisha dan Hanim lapor portal hiburan tempatan.

Ketika disoal bagaimana mereka mampu menahan lapar sewaktu melakukan diet, jelasnya, mereka menggantikan diet nasi dengan makanan gantian. Selain itu, Aisha dan Hanim juga akui bahawa mereka sering melakukan senaman bersama-sama di rumah.

“Berat badan Hanim turun sebanyak 13 kilogram manakala Aisha dalam 9 kilogram. Menariknya sepanjang tempoh berdiet, kami saling ingat mengingati antara satu sama lain. Itu yang menyuntik motivasi sebenarnya.

“Untuk permulaan sebenarnya jaga makan. Elakkan pengambilan gula dan garam dalam makanan.

“Sebenarnya apabila berat badan naik, akan timbul pelbagai kerisauan termasuk dengan masalah kesihatan seperti kadar kolesterol. Saya pun takut… jadi kenalah kawal dan jaga,” tambahnya.

Mengulas berkenaan perkembangan terkini, Aisha Hanim dijangka bakal membuat kemununculan istimewa dengan lagu dan muzik video raya berjudul Raya Rumah Terbuka ciptaan Omar K, Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber: Instagram Aisha Hanim 


Posted

in

, , , ,

by

Comments

Leave a Reply