Bagi penggemar Tat Telur, pasti pernah merasa keenakan Tat Telur Portugis yang biasa dijual di kedai-kedai bakeri. Harga boleh tahan mahal. Jika nak beli dalam jumlah yang banyak, agak ‘gerun’ nak membayarnya. Jadi kalau nak puas makan, apa kata anda hasilkan sendiri. Resipi perkongsian dari saudari Faridah Ainuddin ni antara yang terbaik boleh dicuba. Memang menjadi! Anda bolehlah cuba.
RESIPI TAT TELUR PORTUGIS GUNA PUFF PASTRY SEGERA
BAHAN-BAHAN ( dapat 25 biji tat):
Puff pastry segera – boleh beli di pasaraya
BAHAN KASTARD:
4 biji telur
Sedikit esen vanilla – beli online disini
150ml air
250ml susu penuh krim ( full cream) – boleh gantikan dengan susu cair
120gm gula kastor – beli online disini
1 sudu makan tepung jagung – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Canai ‘manja’kulit pastri dan jangan terlalu nipis. Semasa mencanai, tabur sedikit tepung gandum supaya tidak melekat.
2. Ambil acuan dan letakkan di atas pastri. Potong pastri lebih besar sedikit dari acuan. Sekeping pastri boleh dapat 5 biji tart. Satukan lebihan pastri, bulat-bulatkan, canai semula dan terap. Jika tiada acuan, boleh guna cawan muffin yang keras.
3. Masukkan pastri ke dalam acuan dan tekan supaya rapat. Pastikan tiada gelembung udara. Ketepikan seketika dan pada masa yang sama, boleh panaskan ketuhar pada suhu 200C.
4. Untuk menyediakan kastard, satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati.
5. Tapis adunan kastard tadi dan barulah dituang ke dalam acuan berisi pastri tadi. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 40 minit.
6. Keluarkan tat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Faridah Ainuddin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.