Agaknya apa yang anda perlu buat apabila hilang passport di tempat orang? Mood nak bercuti pasti sudah terganggu jadi kena selesaikan sebelum keadaan jadi lebih teruk.
Okay, pertama jangan panik. Kemudian langkah kedua jemput baca perkongsian saudara Muaz Aziz ini…
Bila Hilang Passport
Jangan risau, boleh ikut langkah ini.
1. Call kedutaan Malaysia di negara yang kehilangan passport untuk maklumkan kehilangan passport.
Boleh juga Pm di sosial media kedutaan, hubungi by phone dan email.
2. Buat laporan polis lokasi kejadian.
3. Cari kedai gambar untuk ambil gambar passport ( background putih )
4. Hadir ke kedutaan untuk proses membuat Perakuan Cemas
5. Kalau bernasib baik dapat terbang tiket balik yang sama, kalau hilang di negara A, dan ticket balik dari negara B. Biasanya kena beli tiket lain One way.
6. Terbang balik ke Malaysia, dan Perakuan ini perlu diserahkan kepada pegawai imigresen di KLIA nanti.
7. Buat report polis di Malaysia, untuk proses Passport baru.
Alhamdulilah. Mahal betul pengalaman pengembaraan kali ini.
Ramai otai travel rekemen beli pouch untuk passport, jadi mungkin anda boleh ikut tip ini untuk lebih selamat.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.