Kalau nak belek tugasan isteri zaman sekarang, memang tak cukup tangan nak kira. Cari duit tepi pun dia, siapkan hal rumah tangga pun dia! Ini realiti, macam mana pula dengan isteri zaman dulu?
Haa… jom kita hadam kejap perkongsian saudara Shauqi Hasan ini. Kalau rasa nampak tugasan macam tak lengkap, jom betulkan selagi masih ada masa.
Isteri Zaman Sekarang
Pernah tak kita perhatikan, bagaimana isteri zaman dulu dan isteri zaman sekarang berkhidmat kepada suami masing-masing?
Ya, zaman berubah, teknologi makin maju, tapi tugas dan tanggungjawab seorang isteri tetap sama — memastikan rumah tangga aman, damai, dan penuh kasih sayang. Tapi cara mereka buat kerja ni, haaa… tu yang beza!
Zaman Dulu Pula, Begini!
Isteri zaman dulu boleh kita ibaratkan sebagai “superwoman” dalam serba serbi. Dia bangun sebelum subuh, gosok kain baju suami, sediakan sarapan, lepas tu sibuk pula ke dapur untuk masak nasi, tumbuk sambal, semua guna tangan. Zaman tu mana ada mesin pengisar, semuanya manual!
Kalau ada basuh baju, tangan tak pernah rehat, bilas kain sampai bersih, sidai, lipat, semua beres sebelum suami balik.
Lepas itu, ada pula yang balik ke kebun, tanam sayur, kutip buah, balik rumah sambil dukung anak sambil masak. Suami balik je, makanan dah tersedia panas di meja. Jangan cakap pasal air basuh kaki suami — itu memang standard.
Dia layan suami macam raja! Punyalah hormat, bukan sebab takut, tapi sebab kasih sayang dan rasa tanggung jawab.
Fast forward ke zaman sekarang, isteri moden ni bukan calang-calang orangnya. Bukan je layan suami, tapi dia juga ada karier sendiri. Mungkin bukan superwoman yang basuh baju pakai tangan, tapi dia superwoman yang pegang laptop sebelah tangan, pegang senduk sebelah lagi.
Kalau dulu masak guna kayu api, sekarang masak guna pressure cooker sambil tengok video Khairul Aming dan RareTV di YouTiub. Isteri sekarang bukan tak pandai, tapi lebih kepada efisien — semua guna shortcut, asalkan beres.
Bukan setakat tu, isteri zaman sekarang juga ada “multitasking skill”. Dia boleh sambil kerja dari rumah, jaga anak-anak, urus keperluan suami, dan pada masa sama, dia juga seorang entrepreneur online. Maklumlah, Shopee dan Lazada ada, kena guna peluang buat side income! Katanya.
Sarapan?
Tak payah susah-susah nak buat nasi lemak sambal ikan bilis, tekan GrabFood, sarapan sampai depan pintu.
Tak payah nak basuh baju manual lagi, semua dah ada “fully automated washing machine.” Nak lebih jimat tenaga, guna dryer sekali. Kalau suami balik lambat? Ah, “Netflix and chill” je dulu, esok pagi baru cerita.
Tapi, kadang-kadang isteri zaman sekarang ada juga yang terlalu moden. Tak sempat nak urus rumah, suami pun kadang terabai. Kesian suami, baju nak gosok kena hantar dobi.
Nak makan malam?
Order Foodpanda je. Lepas tu bila suami tanya, “Sayang, apa plan kita esok?”
Jawab isteri, “Plan kita? Jap, check Google Calendar dulu.”
Gais, walaupun zaman berubah, tak kira la isteri dulu atau sekarang, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Isteri moden memang multitasking, tapi jangan lupa — suami dan rumah tangga tetap jadi keutamaan.
Jaga suami, jaga anak, jaga rumah, semua tu juga amanah dari Allah. Rasulullah pesan pada para suami, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.”(HR. Tirmidzi).
Maknanya, dalam rumah tangga, kena ada keseimbangan. Isteri buat kerja rumah, suami tolong mana patut. Zaman sekarang ni, dah tak ada istilah “kerja rumah isteri punya.” Suami pun ada peranan. Bekerja sama, hormati satu sama lain, itu kunci rumah tangga bahagia.
Tak kira lah zaman dulu atau zaman sekarang, isteri tetap isteri — tulang belakang rumah tangga.
Walaupun cara mereka berkhidmat berbeza, satu yang kekal sama ialah kasih sayang, hormat, dan pengorbanan. Jadi, kepada isteri-isteri moden kat luar sana, anda tetap superwoman — cuma pakai cape yang lebih canggih sekarang!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.