Park Ji Ah, 52, telah dilaporan meninggal dunia pada jam 2.50 pagi hari ini pada usia 52 tahun akibat serangan strok.
Memulakan kerjayanya dalam dunia seni hiburan sejak tahun 1997, sehingga kini dia telah membintangi pelabagai drama dan filem.
Biarpun sepanjang kerjaya dia banyak memegang watak pelakon pembantu, lakonannya dalam drama bersini popular Netflix, The Glory, menaikkan namanya sebagai pelakon hebat
Berita kematian Park Ji Ah diumumkan oleh agensi lakonannya, Billion.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan itu, syarikat tersebut turut berkongsi maklumat mengenai pengebumian aktres tersebut.
“Ini Billions, agensi yang mewakili pelakon Park Ji Ah. Sedih hati kami menyampaikan berita yang amat menyedihkan dan malang ini.
“Park Ji Ah meninggal dunia hari ini, pada 30 September, jam 2:50 pagi pada usia 52 tahun, selepas bertarung dengan infarksi serebrum.
“Jenazahnya ditahan di Bilik 2 di Pusat Perubatan Asan, dan pengebumian dijadualkan pada 10 pagi pada 2 Oktober. Kami akan selamanya mengingati semangat mendiang Park Ji Ah, yang gemar berlakon sehingga ke penghujungnya.
“Sekali lagi, kami merakamkan ucapan takziah sedalam-dalamnya semasa dia memulakan perjalanan terakhirnya, dan kami mendoakan agar beliau berehat dengan tenang,” tulis kenyataan tersebut.
Antara karya terakhir lakonan Park Ji Ah adalah filem, Hijack 1971 yang mana dia memainkan watak sebagai ibu kepada watak utama yang dilakonkan oleh Yeo Jin Goo.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.