Toyota Gazoo Racing Vios Challenge – Pusingan Dua, Musim Ketujuh

Hari Pertama Vios Challenge

Pusingan 2 perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing Vios Challenge di Litar Antarabangsa Sepang Petronas telah menyaksikan kejutan dengan kemenangan oleh pelumba baharu, rookie bersemangat, dan pelumba yang tidak dijangka. Dalam tiga kelas berbeza pada Perlumbaan 1.

Dalam Super Sporting Class, pelumba Laser Motor Racing, Amer Harris, memanfaatkan posisi pertama untuk terus mendahului. Melebarkan jurang kepada 5.2 saat pada akhir perlumbaan 20 pusingan. Di tempat kedua, Freddie Ang dari Telagamas Toyota. Diikuti oleh Mitchell Cheah dari Prima Pearl TD Racing di tempat ketiga.

Insiden Kecil

Perlumbaan ini dihentikan seketika dengan kemunculan kereta keselamatan pada pusingan kedua. Apabila Tengku Djan Ley dari Saksama Motorsports tidak berjaya menekan brek tepat pada masanya. Menyebabkan perlanggaran dengan William Ho dari Toyotsu Racing. Situasi ini menghapuskan kelebihan pelumba hadapan. Memaksa Amer untuk mengekalkan semula kedudukan dominannya.

Kejutan di podium berlaku apabila Cheah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, mendahului rakan sepasukannya, Hayden Haikal, hanya dengan separuh panjang kereta. 

Rookie Class

Dalam Rookie Class, kemenangan pertama kali berpihak kepada Brandon Ho, yang mengatasi Amirul Afiq dan Raja Amirul Syauqat

Pelumba simulator, Raja Amirul Syauqat, pula meraikan kali pertama di podium, selepas bertarung sengit dengan Amirul Afiq, dan berjanji untuk terus memberikan aksi terbaiknya pada Perlumbaan 2.

Hari Kedua Vios Challenge

Hari kedua bukan sahaja menyaksikan aksi yang penuh mendebarkan di litar, malah turut diserikan dengan hujan lebat yang melambatkan permulaan perlumbaan. 

Namun, bintang sebenar hari itu ialah Elson Lew, yang menguasai Sporting Class dengan dua kemenangan berturut-turut.

Bekas pelumba Rookie Class, Lew dari BAE Racing by ES Yang mendominasi Sporting Class, menamatkan perlumbaan 20 pusingan di Litar Utara Sepang sepanjang 2.706km. 

Dengan jarak 4.8 saat di hadapan pelumba PCM Group Racing Team, Kenneth Koh, dan pelumba muda Thailand, Panithan Rakpaibulsombut dari RUK Team Nexzter PMC 52.

Perlumbaan bermula dengan Shafiq Samsudin dari Race Rally KL mengambil kesempatan daripada kesilapan awal pelumba Hiewa Racing Team, Choo Yong Choon, untuk mendahului dengan jarak 2.3 saat. 

Namun, kepimpinan Shafiq tidak bertahan lama apabila Lew, yang bermula dari tempat keenam, merampas kedudukan teratas pada pusingan kelapan. Shafiq terpaksa menamatkan perlumbaannya akibat masalah mekanikal.

Perlumbaan Ditunda 

Perlumbaan kedua ditunda selama 30 minit akibat ribut ringan, dan setelah keadaan kembali selamat, Super Sporting Class dan Rookie Class memulakan perlumbaan 20 pusingan mereka di belakang kereta keselamatan.

Pertarungan untuk tempat kedua berlangsung sengit antara Cheah dan Ang. Akhirnya, Ang berjaya memintas Cheah dan menduduki tempat kedua, manakala Hayden mengukuhkan kedudukannya di hadapan hingga ke garisan penamat, meninggalkan Ang dan Cheah di tempat kedua dan ketiga.

Rookie Class

Dalam Rookie Class, format grid terbalik meletakkan pemenang Perlumbaan 1, Brandon Ho, di bahagian belakang. Adam Mikail, yang memenangi dua perlumbaan pada Pusingan 1, mengambil kesempatan untuk memecut ke hadapan selepas perlumbaan dimulakan semula, menambah satu lagi kemenangan ke dalam koleksinya. 

Raja Amirul Syauqat menduduki tempat kedua, manakala Brandon Ho menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Kini masuk tahun ketujuh, siri TOYOTA GAZOO Racing Vios Challenge terus membuktikan keberkesanannya dalam melahirkan bakat muda.

Dengan format perlumbaan satu pengeluar yang ketat menggunakan Toyota Vios generasi baharu berkuasa 1.5 liter dengan transmisi manual lima kelajuan. Pelumba diuji sepenuhnya dalam aspek kemahiran memandu dan taktik perlumbaan.

Sebanyak 33 pelumba dari Malaysia, Thailand, Singapura dan India beraksi di Pusingan 2, menjadikan persaingan semakin sengit dan penuh aksi.

Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my/en/tgrmalaysia.

Baca Juga Toyota S-FR 2027, Pesaing Terbaru Mazda Miata ?

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply