Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon, Lee Junho yang popular menerusi kumpulan sensasi K-Pop 2PM membuat pendedahan apabila ada peminat ‘sasaeng’ yang mengikutinya pulang ke rumah gara-gara salah satu lagu yang pernah dinyanyikan 2PM.
Junho berkongsi kisah itu ketika menjadi bintang tamu dalam rancangan temubual ‘Salon Drip 2’ episod 59 menerusi platform Youtube TEO yang dihoskan oleh pengacara terkenal Jang Doyeon.
Menerusi temubual dalam episod terbaru yang disiarkan itu, Junho mendedahkan bagaimana dia sedar dirinya diikuti oleh ‘sasaeng’ selepas pulang bekerja selepas mendengar seseorang memanggilnya ‘Oppa’ iaitu panggilan yang sering digunakan oleh orang perempuan lebih muda kepada lelaki yang lebih tua.
ARTIKEL BERKAITAN: Diserang Secara Seksual Oleh Peminat Sasaeng, Kim Jaejoong Terkejut Bangun Tidur Terus Kena Cium!
“Selepas habis kerja, saya balik rumah dan bila pintu lift terbuka dan mahu ditutup semula. Tepat sebelum lampu rumah saya menyala, saya dengar orang panggil ‘Oppa~ Oppa~”
Jelasnya, “sumpah pada waktu itu saya terkejut tapi saya kekal bertenang dan tanya pada dia (sasaeng) ‘awak siapa ya’?”
Menurutnya, peminat ‘sasaeng’ berkenaan cuma berkata “oppa ini saya~” dan Junho yang pada ketika itu merasakan situasi amat janggal dia cuba memerhati keadaan sekeliling terlebih dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 Fakta Jungkook BTS Diancam ‘Sasaeng’, Peminat Gesa HYBE Bertindak Tegas
“Pada waktu itu saya tengah suka dekat satu jenama minuman, jadi depan pintu rumah saya ada longgokan kotak-kotak minuman itu dan saya nampak dia (sasaeng) duduk di sana (atas kotak). Waktu itu saya fikir, kaki dia tak sakit ke, saya tak pasti macam mana tapi mungkin dia ingat itu kerusi dan duduk di situ,” ujarnya.
Tambahnya, apabila ditanya bagaimana boleh sampai ke rumah pelantun lagu ‘Hands Up’ itu, peminat ‘sasaeng’ berkenaan menjelaskan bahawa dia berasal dari luar negara dan ada seseorang yang menyuruhnya pergi ke rumah penyanyi tersebut.
“Dia cakap ada orang yang suruh dia pergi ke rumah saya dan sebenarnya ada juga orang lain yang pernah melakukan hal yang sama,” kata Junho.
ARTIKEL BERKAITAN: Silap Langkah Cium Jin BTS, 2 Peminat Fanatik Berdepan Tuduhan Serangan Seksual
“Pada waktu itu kami 2PM tengah hangat dengan lagu ‘My House’ dan mereka (sasaeng) datang ke rumah saya sebab lagu itu. Disebabkan terkejut sangat, pengurus saya datang dan uruskan peminat (sasaeng) itu dan saya tak sangka kesan lagu itu sampai macam itu sekali,” jelas Junho lagi.
Sekadar info, Lee Junho mula dikenali menerusi kumpulan K-Pop, 2PM pada tahun 2008 yang terkenal menerusi lagu Again & Again, I’ll Be Back, Heartbeat, Without U dan banyak lagi. Mula debut sebagai seorang pelakon menerusi filem Cold Eyes (2013), drama bersiri Good Manager (2017), Rain or Shine (2017–2018) dan King the Land (2023).
Haih macam-macam ya! Tapi memang menakutkan betul bila benda seperti ini terjadi. Peminat pun janganlah pelik-pelik sangat! 2PM nyanyi saja lagu itu, bukannya dia suruh awak datang rumah dia betul-betul!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.