Kisah seorang guru muda, Ahmaddin Mohd Aldiee yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dakwah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), telah mendapat perhatian netizen selepas berkongsi video perjalanannya ke sekolah dan suasana dalam kelas dengan anak murid ketika mengajar.
Menerusi laporan media tempatan, pemuda berusia 21 tahun itu berkongsi pengalamannya yang sudah lali apabila ramai yang mengingat dirinya bukan Islam kerana paras rupa seperti bangsa Cina.
ARTIKEL BERKAITAN: Saya #RemajaMalaysia : Dari Kelindan Lori Ke Dunia Penerbangan
Ahmaddin memanfaatkan cuti semester dengan menjadi guru ganti di sekolah agama Kafa Kundasang Lama dengan mengajar bahasa Arab, Sirah dan Ibadah untuk murid tahun satu hingga enam.
“Ramai ingat saya bukan Islam kerana katanya muka macam orang Cina, tapi mereka terkejut selepas tahu saya guru di sekolah agama Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa).
“Emak salah seorang guru agama di sekolah Kafa, jadi dia yang ajak saya untuk jadi guru agama di sekolah berkenaan. Saya mula timba pengalaman itu sejak di tingkatan lima lagi dan ikutkan tak mudah kerana saya seorang yang introvert.
“Tapi bila mengajar perlu ubah diri menjadi extrovert untuk berinteraksi dengan 20 murid dalam satu-satu masa. Lama kelamaan okay kerana saya cuba jalankan tugas dengan baik dan profesional,” katanya.
Berhubung video di TikTok pula, perkongsiannya itu sekadar untuk menyimpan kenangan dan pengalamannya sebagai pendidik.
“Tak sangka ramai menonton hingga video perkongsian saya itu mencecah ratusan ribu tontonan. Rata-rata yang menonton terhibur tengok gelagat murid saya yang lucu.
“Apa pun, pengalaman saya dapat itu sangat berharga dan berharap cita-cita bergelar guru tetap tercapai satu hari nanti,” ujarnya lagi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.