Pasport Hilang Ketika Bercuti Di Luar Negara, Ini Perkara Yang Perlu Dilakukan

Sudah puas bercuti di dalam negara, ramai yang dalam misi bercuti keluar negara pula. Dalam keterujaan bercuti di negara orang tak mustahil boleh terjadi perkara yang tidak diingini iaitu pasport hilang.

Boleh jadi tercicir, tertinggal atau pun beg berisi dokumen perjalanan ini penting ini dicuri. Jika berlaku sedemikian ketika kita di luar negara apa perlu dilakukan? Untuk yang selalu travel perkara ini penting untuk diketahui.

Dikongsi oleh Muaz Aziz yang melalui pengalaman kehilangan passport di luar negara ini perkara yang perlu dilakukan.

Datang dengan buku berah, balik dengan buku coklat

Apa nak buat bila kehilangan passport diluar negara? Jangan panik, boleh ikut step ini.

1. Hubungi kedutaan Malaysia di negara yang dikunjungi untuk maklumkan kehilangan pasport. Boleh juga PM di sosial media kedutaan, hubungi melalui telefon atau e-mel.

2. Buat laporan polis lokasi kejadian.

3. Cari kedai gambar untuk ambil gambar pasport (background putih )

4. Hadir ke kedutaan untuk proses membuat Perakuan Cemas

5. Kalau bernasib baik dapat terbang tiket balik yang sama, kalau hilang di negara A, dan tiket balik dari negara B. Biasanya kena beli tiket lain One way.

6. Terbang balik ke Malaysia, dan Perakuan ini perlu diserahkan kepada pegawai imigresen di KLIA nanti.

7. Buat report polis di Malaysia, untuk proses pasport baru.

Alhamdulilah. Mahal betul pengalaman pengembaraan kali ini.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Muaz Aziz

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply