Kolam Mandi Berasingan Lelaki Dan Perempuan, Ramai Suka Ke Taman Rekreasi ASFA

Kalau anak anda jenis suka main air, boleh terus bawa ke taman tema air di Taman Rekreasi ASFA yang terletak di Kemasik, Kemaman, Terengganu.

Apa yang menarik, kolam mandi lelaki dan wanita dewasa disediakan secara berasingan. Malahan terdapat juga kolam mandi bertutup disediakan untuk golongan wanita bagi mereka menjaga aurat.

Pilih Taman Rekreasi ASFA

Eh, banyak juga papan tanda memuji Allah dipacak di sekitar taman tema ini. Memang sejuk mata memandang.

Anak-anak pasti bertambah seronok bermain air di kolam mandi mereka apabila turut dilengkapi dengan gelongsor air mini.

Nak berehat sambil layan anak mandi, 53 unit gazebo untuk disewa kepada pelanggan pantau anak dari jauh.

Boleh Bawa Makanan Dari Rumah

Jika di tempat lain biasanya makanan luar dilarang untuk dibawa masuk, namun berbeza dengan Taman Rekreasi Asfa ini apabila mereka membenarkan pengunjung membawa makanan sendiri dari luar.

Harga tiket masuk di sini juga agak murah dan berpatutan iaitu untuk kanak-kanak dan dewasa berusia 3 tahun ke atas adalah RM15, kanak-kanak 3 tahun ke bawah percuma manakala warga emas berusia 60 tahun ke atas hanya RM10.

Lokasi:

TAMAN REKREASI ASFA

ALAMAT: T13, 24210 Kemasik, Kemaman, Terengganu (Bersebelahan Bukit Harimau Menangis)

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply