Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia telah melancarkan Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas yang ditawarkan dalam jumlah terhad. Hanya 300 unit sahaja.
Pikap ini hadir dengan pelbagai penambahbaikan yang pasti menarik minat penggemar trak lasak di Malaysia.
Ranger XLT Plus Edisi Khas
Dikenali dengan kombinasi kejuruteraan hebat dan prestasi yang mantap, Ranger XLT Plus Edisi Khas tampil lebih garang dengan reka bentuk luar yang lasak dan berani.
Antara peningkatan estetiknya ialah fender flare hitam matte, sport bar hitam matte serta pelekat sisi matte Ranger yang menambah elemen sporty.
Tambahan pula, pelekat matte sport pada bahagian hud turut memberikan sentuhan yang lebih segar dan agresif pada rupa luaran kenderaan.
Trak ini juga dilengkapi dengan plat pelindung LED pada bahagian sills pintu, memberikan rupa premium sambil melindungi bahagian penting kenderaan.
Gril krom yang gah serta lampu depan LED pula memastikan penampilan trak ini tidak hanya kelihatan teguh tetapi juga berfungsi dengan baik. Rim aloi bersaiz 17 inci memberi kenderaan ini keupayaan untuk mengharungi pelbagai jenis permukaan jalan tanpa masalah.
Praktikaliti
Dari segi praktikaliti, Ranger XLT Plus Edisi Khas ini dilengkapi dengan pull-out cup holders yang sangat berguna untuk pemandu dan penumpang. Kenderaan ini juga hadir dalam dua pilihan warna yang menawan. Absolute Black dan Meteor Grey, sesuai dengan personaliti lasak serta bergaya.
Enjin
Untuk enjin, Ranger XLT Plus Edisi Khas dikuasakan oleh enjin diesel dwi-turbo 2.0L yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 210 PS dan 500 Nm tork.
Dengan transmisi automatik 10-kelajuan, trak ini menawarkan prestasi luar biasa, baik di jalan raya mahupun off-road.
Sistem Electronic Shift-On-The-Fly (ESOF) Ford meningkatkan kebolehsesuaian kenderaan, membolehkan pemanduan lancar di pelbagai keadaan jalan.
Ruang Dalaman
Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas menawarkan kemudahan terkini dengan skrin sentuh 10.1-inci yang menyokong Wireless Apple Carplay™, Android Auto™, Bluetooth dan pengecaman suara.
Sistem kawalan iklim dwizon pula memastikan keselesaan optimum bagi pemandu dan penumpang. Beberapa ciri tambahan lain termasuk himpunan instrumen digital, punca kuasa 12V serta beberapa port USB untuk kemudahan pengecasan peranti.
Perincian Keselamatan
Ciri keselamatan turut ditingkatkan, antaranya Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Roll Over Mitigation, Sistem Brek Aktif, Electronic Brake Distribution (EBD), dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS). Semua ini menjadikan pemanduan lebih selamat dan selesa.
Harga
Berharga RM143,888 di Semenanjung Malaysia dan RM149,388 di Sabah dan Sarawak. Ranger XLT Plus Edisi Khas hanya ditawarkan dalam jumlah terhad.
Selain itu, SDAC turut menganjurkan acara Ford Experience Hub di Setia City Mall dari 25 hingga 29 September 2024. Di mana 20 pembeli pertama berpeluang menerima baucar minyak bernilai RM3,000.
Dari Careta
Baca Juga Sistem Pemanduan “Wrist Twist” Ford, Inovasi dalam Automotif
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.