“Fazura Sedih, Hampir Setiap Malam Menangis..” -Pengurus, Iman Tang

Pengurus pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura, Iman Tang tampil menjawab ketika ditanya mengenai keadaan terkini aktres itu, pada ketika ini.

Iman berkata, Fazura sangat terkesan dengan apa yang berlaku dalam rumah tangganya bersama pelakon Fattah Amin dan sering menangis ketika meluahkan isi hati padanya.

“Fazura bersedih dan hampir setiap malam dia menangis. Kadang-kala, kami berborak hingga lewat malam dan saya juga menjadi saksi dia tidak dapat menahan kesedihannya itu.

BACA: Fazura Nekad Mahu Teruskan Proses Perceraian -“Demi Maruah Sebagai Wanita & Kesejahteraan Fatima”

“Mana-mana wanita yang mengimpikan alam perkahwinan juga tidak ingin perkara sebegitu berlaku.

“Saya tahu dia kuat. Tapi apabila dia menelefon saya dan menangis, saya katakan kepadanya, menangislah sepuas-puasnya agar dia dapat kelegaan, jangan tertekan dan pendam perasaan,” katanya kepada Remaja.

Ditanya sama ada Fattah pernah berkongsi hal rumah tangganya dengan Fazura, kata Iman, pelakon itu ada berhubung dengannya kira-kira tiga bulan lalu.

“Fattah tidak pernah kongsi atau minta nasihat dari saya berkaitan rumah tangganya. Dia ada hubungi saya tapi tidak bercakap mengenai Fazura sebaliknya minta nasihat berkaitan kerja.

“Selepas permohonan cerai dilakukan Fazura pun, Fattah tidak cuba hubungi saya dan kalau dia tanya mungkin saya boleh bantu,” kongsinya ketika ditemui pada sidang media Konsert Govinda (Hal Hebat) petang semalam.

Bagaimanapun, kata Iman lagi, dia juga berasa sedih dengan situasi yang dilalui pasangan selebriti terbabit.

Sebelum ini, Fattah dilaporkan belum bersedia untuk melepaskan Fazura ketika sebutan kes permohonan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, kelmarin.

Mahkamah kemudian menangguhkan kes perceraian pasangan berkenaan ke tarikh baharu, iaitu pada 7 Oktober ini.

Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


by

Comments

Leave a Reply