Protokol Rolls-Royce Dalam Meremajakan Kulit, Ini Caranya ‘Reverse’ Penuaan!

Bukan teknologi enjin mewah, tapi protokol Rolls-Royce (RR) ini sebenarnya paduan dua perawatan estetik terkini dalam meremajakan kulit, nak tahu, ini caranya ‘reverse’ penuaan dengan berkesan!

Kunjungan Nona ke Aesthetic Medicine & Surgery Conference (AMSC 2024) yang berlangsung di Aras 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini mengungkap kelebihan protokol Rolls-Royce.

Berdiri di samping sebuah kereta Rolls-Royce sebenar, Dr Lim Ting Song teruja berkongsi ilmunya dalam bidang perubatan estetik. Selama 12 tahun, beliau komited melaksanakan banyak prosedur kosmetik dan rajin mengikuti perkembangan rawatan yang terkini.

Merupakan seorang Pengarah Perubatan di Clique Clinic, Dr Lim sentiasa menegaskan bahawa perubatan estetik seharusnya meningkatkan daya tarikan seseorang, bukan sebaliknya.

Dr Lim Ting Song

“Dulu-dulu bila seseorang terlalu banyak buat rawatan estetik, orang lain yang tengok wajah kita pasti terkejut. Alamak, muka macam plastik atau kembang macam bola… Oh, saya tak fikir ia betul.

Kini perubatan estetik sebenarnya sudah beralih kepada regeneratif. Berbeza dengan dulu, masalah kulit diselesaikan sedikit demi sedikit tapi bukan terus kepada penyebab utama,” kata Dr Lim.

Teruja betul berjumpa Dr Lim di majlis AMSC 2024, jom saksikan temu bual Nona di bawah ni…

 

Sekadar gimik, kata Dr Lim, protokol yang dimaksudkan merujuk kepada kehebatan RR iaitu perawatan Radiesse Plus dan Belotero Revive yang baharu diperkenalkan.

Percaya tentang pentingnya mengekalkan struktur semula jadi kulit agar berfungsi sama seperti sel kulit muda, gabungan RR ini dapat memberikan kesan keremajaan yang ketara, kulit lebih sihat dan menakjubkan, secara semula jadi.

Dr Lim Ting Song

Protokol Rolls-Royce (RR) ini sebenarnya paduan dua perawatan estetik terkini dalam meremajakan kulit, nak tahu, ini caranya ‘reverse’ penuaan dengan berkesan!

(1) Radiesse Plus

Radiesse Plus semakin menjadi pilihan dalam dunia perawatan estetik, terutamanya bagi wanita yang ingin mengekalkan penampilan yang muda dan segar.

Ia merupakan dermal filler yang menggunakan bahan calcium hydroxylapatite (CaHA) yang berfungsi dengan cara merangsang penghasilan tisu semula jadi dalam kulit. Hasilnya, sel-sel baru akan tumbuh seperti kulit orang muda.

Radiesse Plus

Radiesse Plus sangat sesuai untuk wanita yang mula mempunyai tanda-tanda penuaan seperti garis halus, kedutan dan keanjalan di bahagian tertentu wajah.

Wanita berusia 30-an hingga 50-an, yang mengalami perubahan pada kontur wajah akibat penuaan akan mendapati Radiesse Plus sebagai pilihan yang berkesan.

Selain mengurangkan kedutan dan menganjalkan, perawatan ini juga membantu memperbaiki tekstur dan elastisiti kulit. Dengan perawatan estetik ini, ia mampu meningkatkan keyakinan diri, sesuai untuk wanita moden yang aktif dan ingin menampilkan diri yang terbaik tanpa memerlukan perawatan invasif.

(2) Belotero Revive

Belotero Revive pula merupakan skin booster yang menguatkan jaringan kulit agar wajah kelihatan lebih berseri, kurang pigmentasi atau kemerahan, pori-pori mengecil, kurang kedutan serta garis halus.

Belotero Revive ialah filler berasaskan asid hyaluronik yang terkenal dengan keupayaannya untuk melembapkan dan memberikan kelembutan kepada kulit.

Bagi yang sering terdedah kepada faktor-faktor persekitaran atau ekstrinsik seperti pencemaran atau sinaran matahari, Belotero Revive mampu membantu memulihkan kerosakan yang disebabkan oleh kekeringan dan penuaan.

Belotero Revive

Dua perawatan estetik ini memberikan hasil yang semula jadi tanpa mengubah bentuk wajah, menjadikannya sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan segar dengan cara yang lembut dan tidak invasif.

Bercakap tentang rawatan regenerasi, Dr Lim menyeru agar wanita yang ingin mendapatkan perubatan estetik agar berjumpa pengamal perubatan yang tepat dan profesional.

Paling penting, seseorang yang boleh memberi penerangan jelas. “Mustahil untuk terus dapatkan hasil wajah muda yang diidamkan dengan sekaligus. Anda harus faham bahawa merawat masalah atau root cause kulit itu, mengambil masa,” akhiri beliau.

Dah sedia untuk reverse penuaan? Boleh mulakan protokol Rolls-Royce kulit ni sekarang dengan melayari https://www.cliqueclinic.com/ultimate-rolls-royce.

 

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/usia-49-ada-2-cucu-aksi-kris-dayanti-berlatih-wushu-jadi-sorotan/


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply