Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-41, pelakon Fazura dilihat berkongsi hadiah daripada kenalan terdekat dan suami tercinta menerusi Instagram miliknya.
Fazura Raikan Pemberian Hadiah Hari Lahirnya
Diuji dengan masalah rumah tangga, pelakon Fattah Amin tidak melupakan hari jadi isteri iaitu Nur Fazura yang jatuh pada hari Jumaat.
Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menghadiahkan jambangan bunga berserta kad ucapan dengan menitipkan doa agar kehidupan isteri tersayang sentiasa diredai dan diberkati Allah SWT.
“Mommy (panggilan Fazura), Selamat hari lahir Mommy, Daddy (Panggilan Fattah) doakan di hari kelahiran Mommy sentiasa gembira.
Anggap Permulaan Pada Usia Matang
Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, berkata, perkara itu adalah permulaan baharu sempena usia matang tersebut.
“Permulaan sebuah janji, untuk lebih sayangi diri sendiri. 27.09.2024,” katanya menerusi sebuah hantaran dalam Instagram.
Kongsi Perasaan Terkini
Dalam perkongsian sama, Fazura turut memuat naik sebuah lukisan pemandangan di pantai diiringi lagu Oceans sekali gus menggambarkan perasaan yang dilaluinya ketika ini.
Menjengah dalam ruangan komen, perkongsian tersebut turut dihujani ucapan selamat ulang tahun dan doa dari rakan selebriti dan peminatnya.
Sebelum ini, Fazura dalam sebuah perkongsian Instagram memaklumkan dia nekad mahu bercerai dengan suaminya, Fattah Amin demi mempertahankan maruah dan kesejahteraan hidup bersama anak mereka, Nur Fatima Aisya.
Pada Rabu lalu, Fattah dimaklumkan tidak bersetuju untuk melafazkan talak terhadap Fazura ketika proses perceraian mereka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Bagaimanapun, mahkamah tersebut telah menangguhkan ke perceraian pasangan itu ke tarikh baharu, pada 7 Oktober depan.
Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila nekad memfailkan perceraian di mahkamah yang sama sekaligus meleraikan segala spekulasi berkenaan rumah tangganya bersama Fattah.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Fatima.
Kredit gambar:Fazura
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.