Amyra & Amar Pentingkan Teamwork Keluarga, Suka Rumah Bersih & Lapang

Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.

IMPIANA berkesempatan bertemu pelakon dan pengacara cantik Amyra Rosli di majlis pelancaran LG PuriCare™ AeroFurniture yang berlangsung baru-baru ini. Banyak perkara yang dikongsikan oleh ibu kepada 2 orang cahaya mata ini dalam menguruskan kediamannya.

Ternyata, pasangan selebriti Amyra Rosli,33 dan Amar Baharin,39 ada cara tersendiri dalam menguruskan kediaman mereka supaya sentiasa kemas, bersih dan teratur.

“Kami tiada jadual khas untuk bersihkan rumah. Tapi Myra dan Amar, masing-masing dah pandai sendiri (dalam mengemas rumah). Ada masa kami terlalu ‘busy’ dan rumah bersepah, Amar tak kisah. Jadi bila suami tak kisah, tiada ‘pressure’ dalam bersihkan rumah, kita akan selalu bersihkan rumah mengikut waktu lapang. Namun Myra dan Amar sukakan rumah yang bersih dan lapang, jadi kita selalu buat,”

“Sekarang pun kami dah didik anak-anak kami, makan basuh pinggan sendiri, baju masuk bakul. Kita dah mula ajar dia, sebab kami tiada pembantu dan ‘teamwork’ dalam family sangat penting walaupun anak baru berumur 4 tahun,” jelas Amyra.

Citarasa Dekorasi Sama

Berkongsi mengenai dekorasi rumah pula, pasangan bahagia ini ternyata cukup serasi dan mempunyai citarasa yang sama.

“Mengenai citarasa dekorasi rumah, Myra tidak mempunyai masalah dengan Amar. Sebab kami mempunyai ‘taste’ yang sama. Rumah yang kami duduk sekarang berkonsep moden, rumah yang akan berpindah nanti Insya Allah berkonsep macam ‘English Cottage’,” kata Amyra yang kini masih dalam proses renovasi serta dekorasi rumah baru.

Harga Rumah Semakin Mahal, Tak Berbaloi Beli?

Lambakan rumah dan harga rumah yang semakin mahal di pasaran membuatkan ada yang berpendapat, tidak berbaloi untuk membeli kediaman ketika ini. Namun Amyra mempunyai pandangan yang tersendiri.

“Masing-masing ada pendapat masing-masing. Myra tidak mengiya atau menidakkan. Tapi bagi Myra sebagai individu, kita harus buat pilihan yang bijak. Ada macam-macam jenis rumah dan macam-macam jenis harga, kalau rasa sesuai dengan kemampuan anda, boleh buat pilihan apa yang ada,” jelas Myra.

Pasangan bahagia ini mendirikan rumahtangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Aqeef Anaqi,7 dan Ayra Arissa,4.

Tahniah buat Amyra & Amar yang bakal berpindah ke rumah baru nanti dan konsep ‘English Cottage’ menjadi pilihan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan proses renovasi serta dekorasi rumah berjalan dengan lancar.

Mesti Baca: Fasa Baru Kehidupan UYAINA ARSHAD, Progress Renovasi Siapkan Rumah Impian
Baca Lagi Di Sini: Elisya Sandha Kumpul Duit Beli Rumah 1.2 Juta, Simpan Niat Tambah Anak
Artikel Menarik: Impian Jadi Kenyataan, DAIYAN TRISHA ‘Jatuh Cinta’ Dengan Rumah Sendiri 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Comments

Leave a Reply