Deep Clean Peti Sejuk Yang Lama Tak Dibersihkan. Guna Pencuci Ini Senang Kerja, Sekelip Mata Hilang Kotoran

Peti sejuk di dapur kalau lama tak dibersihkan, kotoran memang akan melekat dan sukar dihilangkan.

Kerja membersih dah tentu memerlukan tenaga dan mengambil masa. Supaya peti sejuk hilang semua kotoran ini boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Khairiyah Shahrudin.

Beliau yang baru-baru ini membersihkan peti sejuk orang tuanya turut berkongsi pencuci yang memudahkan kerja-kerja pembersihan.

Deep clean peti ais yang lama tak dibersihkan

Lama mengumpul kekuatan nak deep clean fridge. Risau terhenti separuh jalan sebab ada kekotoran yang tebal dalam fridge. Bimbang jika tak dapat hilangkan kekotoran. Al maklum, rumah orang tua.

Bukan mudah nak membuang-buang dan mengemas barang yang ada. Ini cara yang digunakan untuk bersihkan peti sejuk.

1. Keluarkan semua barang.

2. Buang semua barang yang sudah ‘expired’.

3. Sembur peti sejuk dengan pencuci pelbagai guna Gangso dan biarkan sebentar. Pencuci ini juga berfungsi menyahkan kuman.

4. Asingkan bahan makanan yang masih elok dalam bekas yang bersesuaian.

5. Lap dan bersihkan semua bahagian peti sejuk.

6. Lap dan pasang semula item yang berkaitan.

7. Susun bahan yang nak disimpan.

Alhamdulillah lega sangat peti sejuk dah kembali bersih seperti baru. Mujur juga ada pencuci Gangso memang sangat membantu. Semua kotoran degil hilang sekelip mata (harga pencuci ini di kedai Eco RM2.40 saja)

Sumber: Khairiyah Shahrudin


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply