Suami soleh rasa berat, beban lafaz talak, ada yang sanggup melutut di kaki isteri. Talak, iaitu lafaz yang memutuskan ikatan perkahwinan, bukanlah sesuatu yang dilakukan dengan mudah.
Suami Soleh Rasa Berat, Beban Lafaz Talak, Ada Yang Sanggup Melutut Di Kaki Isteri
Dalam sistem perundangan Islam, talak adalah satu cara untuk memutuskan ikatan perkahwinan melalui lafaz oleh suami. Walaupun ia dibenarkan dalam Islam, talak dianggap sebagai perkara yang dibenci Allah SWT jika digunakan tanpa sebab yang kukuh.
Lafaz talak bukanlah perkara remeh kerana ia membawa implikasi yang besar terhadap kehidupan suami, isteri, anak-anak, dan juga keluarga kedua-dua belah pihak. Ramai suami menghadapi dilema dan rasa berat hati apabila tiba saat untuk melafazkan talak,
Justeru, beban lafaz talak yang diletakkan ke atas suami adalah tanggungjawab yang sangat berat dan perlu dilaksanakan dengan penuh kesedaran serta keadilan. Kesannya bukan hanya pada pasangan suami isteri, tetapi juga kepada anak-anak dan keluarga besar.
Berikut perkongsian daripada seorang peguam Peguam Syarie, perunding keluarga dan perwarisan, mediasi syariah, Kelantan dan Terengganu, Syuhada Mzul
BERATNYA BEBAN LAFAZ TALAK
Beginilah wajah para suami yang hadir ke pejabat saya minggu ini.
Sugul. Serabut. Hancur. Rindu
Tulus menyayangi sang isteri.
Biarlah seisi dunia mengata, tetap berjuang untuk menyelamatkan rumahtangga.
Betul, isteri berhak meminta cerai.
Namun suami yang soleh, akan merasa beratnya beban suatu lafaz talak.
Berserabut lagi dengan kerja, adapt rutin baru mengurus rumah.
Ada yang merasa sesal sibuk bekerja,
Ada yang ralat biarkan isteri kesunyian,
Ada yang rindu mengenang cerita lama,
Ada yang setiap harinya terpaksa makan luar dengan anak-anak,
Ada yang rumah dah macam tongkang pecah, ditinggalkan isteri tidak terurus.
Bila kita cadang failkan tuntutan nusyuz, (bagi isteri-isteri yang jelas jauhkan diri dari suami, meninggalkan suami/curang, enggan berpindah bersama suami) suami soleh ini akan marah kita balik,
“Sabitan nusyuz ini terlalu berat, puan.
Kalau isteri saya disabit nusyuz, suatu hari dia pulang pada saya, bolehkah perintah itu ditarik semula?”
Tidak menjadi suatu PERKARA YANG pelik para suami menangis di kamar mahkamah sebelum lafaz talak. Ada yang sanggup melutut di kaki isteri minta digugurkan kes.
Sebaliknya bagi suami yang narsis, dia tahu dia berlaku zalim terhadap isteri, enggan lafaz talak, malah sengaja menjadikan proses cerai ini lebih menyusahkan.
Begitulah.
Kami hanya mampu bantu menyiapkan pembelaan atau “membeli” masa. Apapun kita serahkan pada mahkamah untuk membuat pertimbangan.
[Disclaimer : Kupasan ini adalah situasi/kes suami yang baik-baik, tidak ada sikap yang jelas menganiaya isteri. Tolong fahamkan skop topik, sebelum offended]
Kesimpulannya, lafaz talak adalah satu beban yang berat bagi suami, kerana ia melibatkan keputusan yang besar dengan implikasi yang luas kepada banyak pihak. Suami perlu membuat keputusan ini dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran, mengambil kira kebajikan isteri, anak-anak, dan keluarga.
Walaupun talak dibenarkan dalam Islam, ia seharusnya menjadi pilihan terakhir setelah segala usaha untuk menyelamatkan perkahwinan telah dilakukan. Melalui bimbingan agama, sokongan keluarga, dan pendekatan yang bijak, suami dapat mengendalikan beban ini dengan lebih baik, memastikan keputusan yang diambil memberi kebaikan untuk jangka masa panjang.
Sumber: Syuhada Mzul
Baca artikel lain juga: 14 Tahun Berkahwin, Tak Pernah Beraya Dengan Keluarga Sendiri. Suami Ugut Jatuh Talak, Mak Mentua Anggap ‘Anak Derhaka’
Bercerai Belum Tentu Putus, Masih Ada Ruang. Ada Talak, Iddah Dan Rujuk.
Bertengkar Setiap Kali Suruh Mandi, Suami Hilang Sabar Jatuh Talak 3 Pada Isteri.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.