Bagusnya sikap pelakon, Harris Alif mengakui berkahwin pada usia muda bukan perkara mudah buatnya memandangkan dia perlu memikul tanggung jawab besar sebagai suami.
Melihat keadaan ekonomi yang tidak menentukan membuatkan Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashid, 25, bekerja keras demi memberikan kehidupan selesa buat keluarga.
Harris Alif Kerja Keras Demi Tanggung Jawab Anak Isteri
Menerusi portal Mstar, suami Intan Ladyana ini berkongsi,“Kehidupan sekarang ini makin keras sebab bila sudah ada seorang anak dan tanggung jawab dengan isteri pula di samping anak kedua yang bakal lahir tak lama lagi jadi saya perlu lakukan sesuatu untuk tambah pendapatan.
Aktif Di Media Sosial Cari Rezeki
Tambah pula bakal diserikan dua anak, Harris cuba mencari rezeki dalam bidang perniagaan dan aktif di TikTok.
“Walaupun bukan dalam dunia seni tapi saya ada kerja lain macam uruskan perniagaan dan dalam masa sama aktif di TikTok juga, bila dah mula kenal dunia TikTok ni baru tahu boleh jana pendapatan juga.
“Bila saya buat live tu dan menyanyi mereka akan berikan ‘gift’, daripada situ boleh juga dapat duit lebih, memang keras ekonomi sekarang ini bukan saya saja tapi semua orang yang laluinya jadi perlu bertindak cepat supaya tidak jauh ketinggalan nanti,” kata Harris.
Begitulah sikap seorang suami yang bertanggung jawab, tahu tugasnya untuk mencukupkan keperluan anak isteri. Tiada istilah tak ada rezeki masuk jika rajin buat dua tiga kerja, nak-nak hidup zaman sekarang.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.