Wanita yang sudah bergelar isteri ini banyak perkara yang selalu difikirkannya. Keadaan inilah yang menyebakan mereka mudah stres dan moody.
Boleh dikatakan setiap hari mesti akan ada perasaan ini walaupun tak terlalu serius. Ibaratnya semua perkara nak difikirkan serentak hingga hati dan perasaan sendiri terabai.
Isteri Bila Banyak Perkara Yang Difikir, Mudah Stres & Moody
Perkongsian daripada Mohd Fhais yang selalu berkongsi ilmu keibubapaan dan rumah tangga ini ada betulnya.
Selalu orang kata wanita mudah sangat stres dan moody bukan. Kenapa? Jawapannya kerana mereka suka nak menjaga hati orang lain lebih dari hati diri sendiri. Walaupun hati sendiri terabai.
“Bang jangan lupa ya kenduri aqiqah adik abang hari sabtu ni.”
“Bang dah lama tak balik jumpa mak abang, bila nak balik?”
“Bang nanti kita pergi melawat adik abang tengok baby”
“Bang nanti kita pergi tengok mak kat hospital”
“Bang mana nak cari sofa bed untuk ayah, senang dia nak duduk dan baring”
Beginilah bila jadi wanita, setiap masa dia sentiasa fikir tentang orang lain. Tentang adik, adik ipar, mak mentua, mak dengan ayah sendiri.
Memang sahih bahawa wanita ini dilahirkan sebagai CONNECTOR.
Yang mahu menjaga silaturahim, selalu fikir akan kebaikan orang lain dan sentiasa berusaha supaya rasa bahagia itu dapat di beri pada ahli keluarga lain terlebih dahulu.
Diri sendiri selalu jadi yang terakhir…
Suami Jangan Kedekut ‘Pinjamkan Telinga’
Sebab itulah penting sangat bagi seorang wanita untuk mempunyai lelaki yang boleh mendengar dan memahami dengan baik.
Apa yang dicakap itu hanyalah secebis dari apa yang bermain di otak mereka. Dalam otak isteri, berselirat banyak lagi benda lain.
Belum cerita lagi pasal anak, rumah, kerja, penat, mengantuk dan berat badan naik. Kalau cerita semua 7 hari 7 malam belum tentu habis.
Makin lama pendam, makin berselirat jadinya otak wanita. Makin mudahlah stres!
TUGAS LELAKI KENA DENGAR DAN KOREK SEBANYAK MUNGKIN MAKLUMAT DARI OTAK ISTERI SUPAYA OTAK YANG BERSELIRAT TADI BOLEH JADI LAPANG SELAPANGNYA.
Bila otak sudah lapang kerja banyak macam mana pun isteri tak akan stres, anak meragam pun boleh gelak ketawa.
Bukan sahaja stres boleh hilang malah segala kedutan dan kulit kusam isteri pun boleh hilang sekali.
Suami yang rajin mendengar ini akan beri isteri self care dan self healing yang paling mereka idamkan.
Jangan terkejut pula selepas selalu jadi pendengar setia, isteri anda akan jadi semakin cantik dan awet muda.
Sumber: Mohd Fhais
Artikel berkaitan: Isteri Marah-marah Itu Tanda Dia Penat Fizikal & Mental, Ini Langkah Yang Suami Perlu Buat
Isteri Yang Membantu Suami Kurang Berkemampuan Wajar Dihargai, Ucaplah Terima Kasih
Isteri Kalau Nak Manjakan Suami Biarlah Berpada-pada, Jangan Sampai Dia Lupa Tanggungjawab
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.