visor wiper merupakan satu inovasi teknologi terbaru dalam dunia motosikal, direka untuk membantu penunggang motosikal menghadapi keadaan cuaca yang mencabar seperti hujan lebat.
Produk ini telah menarik perhatian ramai, terutama fungsinya untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan semasa menunggang dalam keadaan basah.
Namun, persoalan utama yang sering diajukan adalah sama ada wiper visor ini benar-benar diperlukan, tambahan pula dengan harganya yang tinggi.
Reka Bentuk dan Fungsi
Alat ini direka dengan teliti dan diperbuat daripada bahan yang tahan lasak.
Kemasan karbon tiruan yang digunakan memberikan penampilan premium, manakala sambungan pengecas magnetik dan pisau wiper yang lebih menyerupai wiper kereta mini menunjukkan perhatian terhadap perincian dalam reka bentuknya.
Malah, sistem motor tanpa berus yang digunakan memastikan ketahanan tinggi, menjadikan wiper ini pilihan terbaik di pasaran berbanding produk alternatif yang lebih murah.
Keselamatan dan Keselesaan Penggunaan
Salah satu aspek utama alat ini ianya direka untuk patah atau terlerai sekiranya berlaku kemalangan dan mengurangkan risiko kecederaan.
Tambahan pula, alat ini direka tanpa bucu tajam bagi meminimumkan risiko kecederaan pada penunggang.
Baca Juga : Inovasi Teknologi Untuk Topi Keledar Anda
Walaupun terdapat sedikit peningkatan berat pada helmet, pengguna dilaporkan mudah menyesuaikan diri dalam beberapa minit selepas memakainya.
Ketika memecut di jalan raya, tambahan berat ini hampir tidak dirasai, menjadikannya cukup selesa untuk digunakan dalam tempoh lama.
Prestasi dan Fungsi
wiper ini dikatakan mampu membersihkan visor dalam sekelip mata, memastikan pandangan penunggang sentiasa jelas walaupun dalam hujan lebat.
Tambahan lagi, alat ini didatangkan dalam kotak simpanan keras yang kecil, memberikan kemudahan untuk disimpan dalam beg motosikal dan digunakan apabila diperlukan.
Sistem ‘slide and click’ yang digunakan memudahkan pemasangan dan penanggalan wiper, menjadikannya cepat untuk dicas atau disimpan ketika tidak diperlukan.
Selain itu, penggunaan sepenuhnya tanpa wayar memudahkan alat ini digunakan tanpa keperluan kabel atau bateri luaran yang perlu diuruskan.
Adakah Ia Berbaloi dengan Harga?
Gadjet ini mungkin belum kita temui dalam pasaran Malaysia, tetapi di luar negara produk ini mempunyai harga yang mencecah sekitar £270 (RM1500)..
Bagi mereka yang sering menunggang dalam hujan untuk tempoh masa yang panjang, seperti kurier motosikal atau penunggang profesional, wiper ini mungkin pelaburan yang berbaloi.
Kredit Artikel : Motorcycle News
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.