Memang kreatif dan sejuk mata memandang, apabila ruang laman tepi rumah dihias dengan landskap simple menggunakan batang pokok cempedak dan batu putih sebagai hiasan utama. Memang menarik dan mudah, pemilik kediaman boleh buat seperti seperti yang dilakukan oleh Abi Tifb ini.
Harini belajar-belajar buat landskap, kalau cantik Alhamdulillah..kalau jadi bahan ketawa ya pakcik ok aje. Buat sedikit-sedikit balik keje baru buat.
Batang pokok cempedak pakcik sapu dengan minyak diesel..aduhai baunya tak tahan..pergi nurseri jumpa pula orkid ni (RM18 sepokok x 2). Kemudian pakcik tanam dalam pasu (RM50) beli DIY..sama buat tiang nya balut dulu dengan tali jut (RM85 tali jut) bajet semue ni seperti berikut.
Pagar RM3,000
Batu Putih hiasan (RM25x 1 bag) total RM750
Pokok Bonsai RM1200 sama pasu
2 Pokok Pandan dan pasu sekali RM160.
Bahan Di Perlukan:
Batang Pokok Cempedak
Diesel
2 pokok Orkid
Pasu
Tali Jut
Batu Putih Hiasan (Polish) 30 beg
Info Ekstra!
- Beli batu putih hiasan jenis ‘polish’ supaya lumut tak melekat. Namun sebaiknya jika warna bertukar hitam atau berlumut, sembur batu putih tersebut dengan Clorox sebulan sekali. Kalau kerap hujan buat sebulan 2 kali insyallah macam baru dan mudah.
- Atau boleh juga rendam batu putih tersebut dengan cat putih balik..masuk mesin mixture dan tuang cat putih.
- Sapu batang pokok dengan minyak diesel untuk elakkan anai-anai dan semut.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca: ‘Chenta Hati Garden’ Lambang Cinta Laman Rumah Berkonsep English Mix & Match
Baca Lagi Di Sini: Nekad Pasang Sendiri ‘Paver Block’ Laman Depan Rumah, Buat Sikit-Sikit Siap Juga!
Artikel Menarik: 3 Jenis Pokok Berfungsi Sebagai ‘Pagar’ Privasi Semulajadi, Penyeri Landskap Laman
IMPIANA: Memang kreatif dan nampak menarik apabila laman tepi rumah dihiasi landskap simple sebegini. Boleh cuba buat sendiri je.
Sumber: Abi Tifb
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.