Golongan Muda Remaja Juga Berisiko Alami Kolesterol Tinggi – Pakar

Kalau dulu penyakit berkaitan kolestrol tinggi kerap kita dengar kalangan orang tua, tapi kini ramai pula golongan muda mengalaminya. Mungkin juga ia berpunca dari pemakanan dan juga gaya hidup kita.

Kolesterol tinggi bukanlah penyakit, tetapi berpotensi menyebabkan pelbagai penyakit. Di antaranya ialah penyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi atau tekanan darah tinggi.

kolestrol kolestrol

ARTIKEL BERKAITAN : Jantung Kekal Sihat Dengan 3 Makanan Ini, Tinggi Serat & Berkhasiat

Menurut Pakar Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Beni Isman Rusani, kolesterol boleh meningkat dalam tubuh sesiapa sahaja, termasuk golongan muda.

“Kolesterol dalam badan bermula rendah ketika lahir, namun akan meningkat apabila dewasa. Malah, sejak tahun pertama kehidupan sehingga mencapai usia dewasa, paras kolesterol akan bertambah,” katanya dalam temu bual AWANI Pagi pada Rabu.

Mitos Badan Kurus Selamat Dari Kolestrol

Dr Beni turut menafikan mitos bahawa individu berbadan kurus terselamat daripada risiko kolesterol tinggi.

Beliau menjelaskan, walaupun individu obes lebih mudah mengalami masalah kolesterol tinggi, orang kurus juga tidak terkecuali daripada risiko tersebut.

Tambah beliau, kolesterol tinggi tidak menunjukkan sebarang simptom yang ketara, berbeza dengan penyakit lain seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.

“Kolesterol adalah ‘pembunuh senyap’. Kebiasaannya, tiada tanda-tanda jelas kecuali dalam kes yang sangat tinggi,” ujarnya

Cara Menurunkan Kadar kolesterol

Dalam jumlah tertentu tubuh memerlukan kolesterol untuk menjaga tubuh tetap sihat. Hanya bila jumlahnya yang berlebihan, keadaannya dikenali dengan hiperkolesterolemia akan timbul masalah. Penurunan kolesterol satu persen saja dapat mengurangi risiko serangan jantung dua sampai tiga peratus.

Beberapa tip di bawah ini diharapkan dapat memperbaiki kadar kolesterol Anda :

1. Atasi lemak tepu

Lemak tepu, biasanya mengacu pada lemak yang berasal daripada haiwan, terutama  pada produk susu, daging merah dari lembu. Sebaiknya pengambilannya ini dibatasi, karena dapat memacu produksi kolesterol dan meningkatkan jumlah kolesterol dan kolesterol jahat (LDL). Dengan memilih diet yang mengandungi rendah kolesterol ini, anda sebenarnya sudah mengambil salah satu langkah yang bijak untuk memperbaiki kadar kolesterol anda. Pada diet Mediteranian, pengambilan daging merah ini hanya disyorkan satu kali dalam satu bulan. Ternyata diet ini dapat menurunkan angka kematian akibat penyakit kardiovaskuler yang bermakna.

2. Elak lemak trans (trans fat)

Trans fat, kemungkinan mempunyai akibat yang lebih berbahaya daripada lemak jahat kerana dapat meningkatkan kadar kolesterol buruk (LDL) dan menurunkan kolesterol baik (HDL). Kajian juga menunjukkan bahawa trans fat juga dapat meningkatkan risiko. Oleh itu kurangilah makanan yang banyak mengandungi trans fat seperti makanan yang diolah melalui penggorengan.

3. Kekalkan berat badan normal

Pada kebanyakan orang, kadar kolesterol juga menjadi baik seiring dengan menurunnya berat badan. Ini tidak hanya disebabkan kehilangan berat badan, tetapi juga akibat diet yang lebih sihat, dan olahraga yang dilakukan. Dengan kata lain, perubahan gaya hidup yang diperlukan untuk mempertahankan berat badan normal atau menurunkan berat badan juga membantu memperbaiki kadar kolesterol. Mengurangi berat badan 5-10 peratus dapat menurunkan kadar kolesterol yang bermakna

4. Olahraga

Olahraga yang cukup dan berkelanjutan, paling tidak 30-40 minit setiap hari, lima kali dalam seminggu, seperti jalan, jogging, berenang Ialah pilihan yang sangat baik untuk memperoleh kadar kolesterol yang normal. Apakah anda gemuk atau tidak, olahraga dapat menurunkan kadar kolesterol anda. Olahraga moderat yang anda lakukan secara teratur dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kolesterol buruk (LDL)

5. Berhenti Merokok

Di samping sebagai faktor risiko penting untuk penyakit jantung, rokok juga dapat mengakibatkan penurunan kadar kolesterol HDL. Jika anda perokok, berhenti merokok saja dapat menaikkan kolesterol baik (HDL) hingga 10 peratus. Tidak hanya itu, 20 minit setelah anda berhenti merokok, tekanan darah anda akan turun. Dalam waktu 24 jam, risiko anda mengalami serangan jantung akan menurun dan setelah satu tahun risikonya hanya tinggal setengahnya dibandingkan perokok. Dan, dalam 15 tahun sama dengan mereka yang tidak pernah merokok.

6. Jumpa doktor 

Bila gaya hidup yang anda lakukan ternyata belum membantu menurunkan kadar kolesterol anda, atau anda mempunyai riwayat keluarga dengan kolesterol tinggi atau sakit jantung, Anda mungkin perlu bantuan doktor. Doktor akan membantu, pilihan ubat yang tepat untuk anda

BACA: Siti Saleha Lebih Berhati-Hati ‘Update’ Aktiviti Di Media Sosial – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply