Cantik dan digelar The Talented Hijabi, Shila Amzah mara ke final pertandingan nyanyian ‘Singing With Legends’ di China membanggakan negara.
Belum cecah 5 bulan usai melahirkan anak kedua, Shila Amzah dah sibuk berulang-alik dari KL ke China untuk pertandingan nyanyian Singing With Legends musim keenam.
Ibu anak dua itu berjaya menempah tiket ke final selepas bergelar juara mingguan. Dalam persembahan hujung minggu lalu, Shila menghidangkan dua buah lagu iaitu Bring Me To Life bersama Wang He Ye dan lagu Mandarin ‘Ning Meng Cao De Wei Dao’ bersama artis terkenal China, Julia Peng Jia Hui.
“Saya seronok dapat bereksperimen dengan genre berbeza kali ini!” tambah Shila yang juga isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, atau lebih dikenali sebagai Ubai.
Instagram @shahilaamzah
Instagram @shahilaamzah
Mula bersinar di China sejak menjuarai Asian Wave pada 2012, Shila kini kembali dengan penuh berani untuk Singing With Legends musim keenam. Program ini menyaksikan kerjasama antara penyanyi lagenda dan bakat muda di atas pentas yang sama.
Cukup sesuai dengan gelaran The Talented Hijabi, kejayaan Shila Amzah mara ke final pertandingan nyanyian Singing With Legends di China itu jelas membanggakan negara.
BERSALIN
Baru saja melahirkan anak perempuan, Rhea Akira, pada 9 Mei 2024, kini Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah sudah kembali aktif dan sibuk berulang-alik dari KL ke China.
Komitmen tinggi ibu kepada Seth Uwais dan Rhea Akira itu sememangnya luar biasa. Semoga usaha Shila mengangkat nama negara apabila mara ke final beroleh kejayaan!
Paling suka tengok stail tudung, outfit dan mekap Shila sepanjang berentap di China. Cantik-cantik dan elegan, patutlah banyak peminat beliau di sana menerima baik kehadirannya, memang international look! Jom tengok video ni…
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/buta-mata-selepas-kemalangan-mashy-tetap-jaga-penampilan-styling-hijab-tanpa-cermin/
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.