Wajib batal kerjasama dengan Israel – Abdul Hadi

Abdul Hadi

SHAH ALAM – Adalah menjadi satu kewajipan membatalkan segala kerjasama dan tidak menormalisasikan hubungan dengan rejim Zionis, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, susulan boikot yang dilakukan, ia akan memberi impak terhadap ekonomi Israel.

“Ini kerana majoriti sumber ekonomi global berasal dari negara-negara Islam antaranya minyak dan hasil mahsul yang lain juga berasal dari negara Islam.

“Di samping itu kedudukan strategik dari Selat Melaka ke Selat Bab al-Mandab hingga ke Gibraltar berada di wilayah Islam,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Rabu.

Tambah Abdul Hadi, penyatuan antara umat Islam dan kerajaan akan membentuk pengaruh kuat untuk menghadapi rejim Zionis.

Serangan Israel ke atas Gaza sejak Oktober 2023 mengakibatkan 41,391 rakyat Palestin terbunuh dengan lebih 95,760 lagi cedera.

Selain itu, ribuan mangsa dipercayai terperangkap di bawah runtuhan yang tidak dapat diakses oleh pasukan kecemasan dan pertahanan awam akibat serangan Israel.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply