Tip Buat Acar Sayur Yang Sedap, Jangan Letak Cuka Guna Air Lemon & Jus Ini

Bila buat nasi minyak, nasi beriani atau nasi tomato hidangan acar sayur ini wajib ada. Dah tentu kita mahu menikmati acar yang sedap.

Resipi perkongsian Autumn FarahFied antara yang boleh dicuba. Tidak menggunakan cuka sesuai yang mempunyai masalah gastrik dan alahan pada cuka.

Resipi acar sayur sedap tanpa cuka

Bahan-bahan

Nanas – dipotong (cari nanas masak ranum supaya manis)
Timun – dipotong memanjang
Lobak merah -dipotong memanjang
Bawang kecil- tak perlu potong
Bawang putih – hiris nipis
Cili merah & cili hijau -dihirs memanjang
Biji sawi
Halia -dihiris
Air lemon
Sunquick

Cara membuat

1. Rendam sayur yang dipotong dengan air kunyit (pewarna Kuning), garam dan gula (ikut kuantiti sayur). Rendam dalam 10 minit, air tak perlu banyak.

2. Toskan sayur tapi airnya jangan dibuang.

3. Tumis bawang putih, halia dan biji sawi. Gaul sdan masukkn air rendaman sayur tadi. Gunakan api perlahan kerana air mengandungi gula, jika api besar cepat pekat.

4. Bila berbuih tambahkan sedikit air panas untuk cairkan kuah.

5. Masuk air lemon bersama Sunquick secukupnya. Kemudian masukkan sayur.

Gaul seketika, jangan biar lama supaya sayur tak lembik. Rasa masam manis acar supaya seimbang. Selepas cukup rasa, dan sebati tutup api.

Hidangkan Bersama nasi minyak, nasi tomato atau nasi beriani.

Kredit resipi & foto: Autumn FarahFied

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply